
PENGASAS BANDIT INDUSTRIES DERMA 35 KERETA KEPADA UNIVERSITI DI MICHIGAN, ANGGARAN NILAI DERMA LEBIH RM8 JUTA
Bandit Industries bukanlah nama asing dalam industri, sebuah perniagaan pemotong kayu yang diasaskan oleh Michael Morey itu telah memberi banyak kebaikan kepada komuniti sejak 1987.
Baru baru ini, Michael dan isterinya, Dianne, mengambil keputusan untuk menderma 35 kenderaan dari koleksinya kepada Universiti Northwood.
Universiti yang terletak di Midland, Michigan itu akan menerima kenderaan tersebut pada hujung tahun ini sebelum dijual di Mecum’s Kissimmee Auction pada 6 Januari. Antara kereta terdapat di acara tersebut adalah Teledyne Continental Cheetah 1981.

Selain itu, terdapat juga model seperti pikap Chevrolet klasik dan Bel Airs serta beberapa Corvettes. Michael bersama isterinya turut menderma model Pontiac GTO 1966, Plymouth Hemi GTX 1969, Plymouth Hemi Cuda 1970 dan Dodge Challenger R/T 1970.
Anggaran nilai untuk kesemua kereta tersebut adalah lebih AS$2 juta (RM8.7 juta) dan pihak universiti turut menyatakan akan menggunakan AS$1 juta (RM4.4 juta) untuk membina penambahbaikan kampus.
Selebihnya dana akan digunakan untuk biasiswa serta endowmen yang menyokong ‘misi perusahaan bebas’ Universiti Northwood.
Michael Morey mengatakan, “Kereta itu telah menjadi sebahagian besar dalam kehidupan kita, tetapi sudah tiba masanya untuk kereta ini menulis lembaran baru, menyokong lelaki dan wanita muda yang ingin bekerja keras.”
Dalam pada masa yang sama, pihak universiti akan menjadikan Corvette 1958 sebagai koleksi untuk dipamerkan di kampus.
GALERI:
































- BACA: PENDERMA ANONYMOUS SUMBANG DANA RM2.3 BILION UNTUK KOLEJ AUTOMOTIF
- BACA: WANITA MENGAMUK BUAT AKSI MACAM SPIDERMAN BERHAMPIRAN CIQ GELANG PATAH DITAHAN POLIS
- BACA: SHERIFF FLORIDA TERIMA SEBUAH CORVETTE C7 – ‘DERMA’ HASIL RAMPASAN HARTA PENGEDAR DADAH
- BACA: LELAKI BERTUKAR JADI ‘SPIDERMAN’ SELEPAS KERETA KENA SAMAN



