
Mula bertebaran berita bahawa Kawasaki akan membangunkan semula segmen motosikal 150cc. Selepas melakukan debut Ninja 300 dan 400 tahun lepas, tahun ini dikatakan Kawasaki akan memperkenalkan Kawasaki Ninja 150 and Z150.
Ia diadakan buat pertama kali dalam satu segmen kecil, Kawasaki perkenalkan dua versi sekaligus.
BACA: KAWASAKI Z900 DENGAN SUPERCHARGER
Model Z125 sebelum ini hanya berlegar pada segmen funny bike dan walaupun terlewat berbanding Suzuki, Yamaha dan Honda (yang sudah lama bermain dengan segmen 150cc), peminat Kawasaki pasti tertunggu-tunggu pengganti Kips dan RR150 ini.
Pernah satu ketika dulu pada 90-an, Kawasakilah yang paling meriah bagi segmen ini. Model dua lejang Kips itu berevolusi menjadi Ninja, Spector, Victor KRZ dan KRR.
Presiden Syarikat Motosikal & Enjin Kawasaki, Kazuo Ota, berkata mengenai kedua-dua model itu pada sidang akhbar pertamanya. “Berikut adalah dua model baru yang telah kami kembangkan: Gaya reka bentuk Kawasaki adalah jelas, sama ada dalam bidang kejuruteraan automotif atau kualiti tunggangan.
“Kami akan melihat kumpulan sasaran baru, kedua-dua model ini adalah kelas yang sangat aktif. Ini adalah langkah pertama dalam menunggang motosikal dengan gaya sporty. Kami yakin dengan kedua-dua model ini, ia akan memenuhi keperluan audiens sasaran. ”
Maklumat terbaru dari imej majalah Young Machine memperlihatkan rekabentuk dengan gaya tajam yang agresif dengan warna hijau yang menjadi tradisi Ninja.
Ia dipadankan dengan penyerap kejutan teleskopik. Bahagian belakang monoshock diintegrasikan dengan Delta Box Swing Arm.
BACA: CIRI MENARIK NINJA 250 2018
Sistem brek kelihatan brek cakera depan dan belakang. Enjin akan didatangkan dengan sistem suntikan bahan api, dengan kebuk 150cc satu selinder.
Sumber young-machine.com.