Buletin

SEDAN MEWAH JEPUN – TOYOTA CROWN GENERASI KE 15 DILANCARKAN

Kalau dibandingkan dengan rekabentuk Toyota 10 tahun kebelakangan ni, anda pasti setuju bahawa rekaannya yang sangat straight forward, tak ada garis-garis susah dan kesimpulannya, boring.

Tapi bila Akio Toyoda dilantik menjadi CEO Toyota Motors, beliau telah memulakan satu inovasi baru. Toyota tak lagi mahu dilihat sebagai kereta penerima wang pencarum KWSP, kereta apek-apek tokey kedai makanan laut atau kereta guru besar sahaja. Toyota mahu jadi lebih muda.

BACA: LEXUS SI KEMBAR CROWN

Oleh itu, selain menggalakkan penglibatan Toyota terlibat dalam arena sukanmotor, kereta-kereta baru Toyota juga perlu kelihatan segar dan sporty tanpa mengira segmen. 

Di Jepun, ada sebuah model flagship sedan mewah Toyota yang tidak ada di negara lain. Ia ibarat Lexus LS/GS dengan lencana Toyota. Ia dikenali dengan nama Toyota Crown.

Dan sebenarnya, Toyota Crown dan model ini sudah ada 15 generasi dalam pasaran.

Ya. 15 generasi tuan-tuan.

Ini pula ialah generasi ke 15 yang baru sahaja dilancarkan di Jepun. 

Ia dibina berdasarkan platform TNGA baru Toyota dan ia juga telah diuji di Nurburgring. Toyota mengelaskannya sebagai “pengendalian cemerlang,” “prestasi memandu yang responsif,” dan “kestabilan kenderaan yang luar biasa” dalam pelbagai keadaan pemanduan.

Model baru ini lebih pendek daripada pendahulunya, yang dilancarkan pada tahun 2012. Ia sepanjang 4,190 milimeter berbanding 4,885 mm.

Toyota juga memberitahu mereka telah memodenkan keseluruhan kabin yang kini mempunyai bahan berkualiti tinggi dan lebih banyak ruang bagi pemandu dan penumpang. Papan pemuka didominasi oleh susun atur dwi-skrin baru, yang menggabungkan skrin pusat lapan inci dan satu lagi paparan tujuh inci untuk fungsi iklim dan audio.

Toyota juga mengatakan bahawa seni bina TNGA membawa peningkatan ketara dari segi ketenangan kabin, yang berjaya dicapai menerusi struktur bingkai badan yang dioptimumkan dan susunan optimum bahan kalis bunyi.

Rangka platform baru ini  juga membolehkan enjin dipasang lebih rendah, yang memberikan pusat graviti yang lebih baik.

Toyota akan menawarkan Crown baru dengan tiga enjin yang berbeza. Kesemuanya mempunyai konfigurasi sama iaitu enjin memanjang dengan pacuan road belakang. Satu-satunya pilihan bukan hibrid adalah unit enjin turbo 2.0 liter dengan tork 245 kuasa kuda dan tork 350Nm.

Ia adalah enjin dari Lexus NX200T dan Harrier 2.0T facelift.

Dua varian hibrid akan disediakan, masing-masing menggabungkan enjin 2.5 liter dan 3.5 liter dengan motor elektrik dan bateri hidrida nikel-logam atau lithium-ion. 

Enjin hibrid 2.5 datang dengan sejumlah 226 hp, manakal 3.5 lebih berkuasa menghasilkan 359 hp.

Tempahan pesanan akan mula dibuka pada bulan depan dengan Toyota mensasarkan jualan sebanyak 4,500 unit sebulan.

GALERI

Google ads
Back to top button