Buletin

SUZUKI JIMNY HERITAGE SPECIAL EDITION TIBA DI AUSTRALIA. 100HP, STIKER RETRO, BERMULA RM101K

Dilancarkan pada tahun 1970, Suzuki Jimny merupakan kejayaan komersial global pertama Suzuki dan ia salah satu daripada model yang mustahil untuk tidak disukai.

Walaupun sudah berusia setengah abad, namun minat dan permintaan Suzuki Jimny masih kukuh hingga membuatkan Suzuki mengeluarkan edisi khas di Australia.

Terhad 300 unit, Jimny Heritage edisi khas kini tersedia dengan pilihan warna hitam mutiara, hijau, putih dan kelabu. Ia turut dikemaskan dengan pelekat bernuansa retro berwarna merah dan oren.

Di bahagian kabin, Jimny Heritage Edition dimuatkan dengan peralatan seperti unit infotainmen skrin sentuh tujuh inci, lampu depan projektor LED bulat, stereng berbalut kulit, kawalan suhu dan kamera undur.

Jimny Heritage dipadankan dengan rim aloi 15 inci dan dijual secara eksklusif dengan transmisi manual lima kelajuan dan pacuan empat roda.

Secara mekanikal, Jimny Heritage Edition tiga pintu dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter dan pilihan transmisi yang sama dengan sistem 4×4 AllGrip Pro. Enjin itu mampu menghamburkan kuasa 100hp dan tork 130Nm.

Jentera berkenaan dijual pada harga bermula AS$22,591 (RM101,094) dan tambahan AS$695 (RM3,110) untuk salah satu daripada tiga pilihan warna kerana warna putih didatangkan standard.

Google ads
Back to top button