Buletin

JR EAST MUNGKIN TERPAKSA LUPUS 120 GERABAK SHINKANSEN BERNILAI RM115 JUTA

East Japan Railway Co. (JR East) mungkin terpaksa melupuskan semua 120 unit gerabak kereta api laju dikenali sebagai Hokuriku Shinkansen yang rosak akibat banjir berikutan Taufan Hagibis.

Baru-baru ini, taufan Hagibis membadai bahagian tengah dan timur Jepun. Taufan yang ke-19 melanda Jepun pada tahun ini itu membawa hujan lebat, seterusnya menenggelamkan sebuah depot kereta api di bandar Nagano dan merosakkan 10 buah kereta api yang setiap satunya mempunyai 20 gerabak.

Memetik laporan Japan Times, jumlah itu mewakili satu pertiga daripada kereta api laju Hokuriku Shinkansen. Ia menggunakan landasan yang menghubungkan Tokyo, Kanazawa dan Ishikawa melalui Nagano.

Menurut JR East yang bertanggungjawab mengendalikan landasan bersama West Japan Railway Co. (JR West), banjir telah menenggelamkan sepenuhnya depot kereta api. Dua buah gerak didapati hanyut, tetapi kerosakan spesifik setiap gerabak masih belum dapat dipastikan.

Walaupun peralatan dan peranti yang dipasang pada bahagian bawah gerabak itu kalis air, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia boleh beroperasi dengan selamat selepas tenggelam dalam tempoh yang agak lama.

Jika air masuk ke dalam peratalan itu, ia tidak dapat berfungsi lagi. Penggantian dan kerja baik pulih berskala besar perlu dijalankan. Prosesnya juga bukalah mudah.

Pakar sistem kereta api, Profesor Ryo Takagi dari Universiti Kogakuin memberitahu alat ganti penting seperti inverter kawalan kelajuan motor gerabak yang terjejas mungkin rosak sepenuhnya.

“Menggantikan gerabak baharu mungkin mengambil masa lebih singkat berbanding hendak menukar semua alat ganti yang rosak,” kata Takagi.

Setiap gerabak Hokuriku Shinkansen dianggarkan bernilai ¥300 juta (RM11 juta). Jika semunya terpaksa dilupuskan, kerugian yang perlu ditanggung adalah sekitar ¥30 bilion (RM115 juta).  

Buat masa sekarang JR East and JR West terpaksa menggunakan kereta api sedia ada untuk laluan di antara Tokyo dan Nagano serta Toyama dan Kanazawa.

Seluruh landasan dijangka dapat beroperasi semula dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi. Tetapi jumlah kereta api yang boleh beroperasi hanya sekitar 60 peratus sahaja.

Hokuriku Shikansen tidak boleh diganti dengan gerabak yang digunakan di landasan lain. Ini kerana ia direka khas untuk bergerak melalui kawasan yang mempunyai frekuensi tenaga elektrik berbeza.  

Google ads
Back to top button