Buletin

PERANCIS SEDIA PAKEJ BANTUAN RM32.9 BILION UNTUK AIR FRANCE, RM23.6 KEPADA RENAULT

Kerajaan Perancis semalam mengumumkan ia sedang menyediakan pakej pinjaman bersejarah berjumlah berbilion-bilion euro untuk membantu pengeluar kenderaan Renault dan syarikat penerbangan Air France menempuhi krisis wabak COVID-19.  

Pakej sebanyak €7 bilion (RM32.9 bilion) disediakan untuk Air France. Manakala Renault bakal menerima pakej bantuan €5 billion (RM23.6 bilion), umum Menteri Kewangan Perancis, Bruno Le Maire. 

Le Maire mengakui pakej bantuan itu perlu untuk menyelamatkan Air France daripada krisis industri penerbangan, sambil mengingatkan ia bukanlah satu bentuk bantuan ‘cek kosong, sebaliknya hadir bersama beberapa syarat. Antaranya syarikat penerbangan itu perlu menambah baik standard alam sekitar dan keuntungannya. 

“Bagi saya, Air France perlu menjadi sebuah syarikat penerbangan paling mesra alam. Mereka harus mengemukakan pelan untuk mengurangkan emisi CO2 dam menukar pesawat yang lebih bersih,” tegas Le Maire.

Pakej itu terdiri daripada pinjaman bank sebanyak €4 bilion (RM18.8 bilion) yang dijamin oleh kerajaan. Baki €3 bilion (RM14.1 bilion) lagi adalah daripada kerajaan.  

“Kita perlu menyelamatkan syarikat nasional dan 350,000 pekerja yang terjejas secara langsung dan tidak langsung. Kami berada di belakang Air France dan para pekerjanya bagi menjamin kebesan serta menyelamatkan pekerjaan,” kata Le Maire. 

Bagi Renault pula, pakej pinjaman bank yang dijamin oleh kerajaan sedang dirangka. “Insudtri automotif kita kini berada dalam bahaya. Renault ialah satu industri utama yang memiliki sejarah dan budaya kita,” katanya lago.

Buat masa sekrang, kerajaan perancis merupakan pemegang sebanyak 15 peratus saham Renault dan 14.3 peratus saham Air France. Le Maire sebelum ini memberi amaran bahawa ia menjangkakan Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) Perancis akan menguncup sebanyak lapan peratus berikutan impak lockdown bagi mengekang penularan COVID-19. 

Le Maire menegaskan impak ini akan berlaku dalam tempoh yang lama dan sukar. Perancis juga akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan suarikat dan bermula semila dengan ekonomi yang lebih menghormati alam sekitar. – AFP 

Google ads
Back to top button