Buletin

BMW 840i GRAN COUPE M SPORT 2020. 340HP, BMW PERSONAL COPILOT, HARGA DEKAT RM1 JUTA!

BMW Malaysia telah melancarkan BMW 840i Gran Coupé M Sport secara virtual buat pertama kali di Malaysia menerusi https://shop.bmw.com.my.

Ia disifatkan sebagai coupé sport paling mewah pernah diperkenalkan oleh BMW.  BMW 840i Gran Coupé M Sport kini tampil dengan gril kidnet yang besar dan diapit oleh sepasang lampu laser nipis.

Jentera itu didatangkan dengan BMW M Aerodynamic dan pakej standard BMW M Sport.

Di bahagian belakang, lampu belakang LED penuh hadir dalam bentuk L. Rim pula bersaiz 20 inci yang dibalut oleh tayar jenis run flat. 

Coupe tersebut dikuasakan oleh enjin TwinPower Turbo sebaris enam silinder berkapasiti 3.0 liter. Diperkenalkan untuk BMW 8 Series buat pertama kali, ia mampu menjana kuasa 340hp dam 500Nm tork dengan pecutan maksimum 250km/j.

Kuasa tnjin itu kemudian disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear Steptronic lapan kelajuan, bersama paddle shifter. Biarpun sangat berkuasa, kadar penggunaan bahan apinya hanya sekitar 7.9l/100km. \

BMW 840i Gran Coupé M Sport menjanjikan sensasi pemanduan luar biasa dengan titik graviti rendah, kerangka yang tegar dan sistem suspensi berteknologi tinggi hasil kejuruteraan berbaik M.

Ia merangkumi differential M Sport pada gandar belakang, integral active steering dan suspensi adaptif yang dikawal secara elektronik. 

Ruang kabin coupe yang mewah itu diserlahkan melalui kemasan kulit pada papan pemuka, tempat duduk dan panel pintu. Ia juga rasa lebih luas dengan penggunaan bumbung kaca panoramik. Pemandu boleh mengubahsuai pencahayaan kabin mengikut warna dan kecerahan yang diingini. 

Bagi menjadikannya lebih praktikal, ruang kargo seluas 440 lier ditawarkan apabila tempat duduk belakang dilipat dengan konfigurasi 40/20/40.

Aspek digital ditawarkan oleh BMW Live Cockpit Professional yang dipadankan bersama Head-Up Display dan BMW Intelligent Personal Assistant. Ia menawarkan operasi kawalan yang intuitif melalui sentuhan dan gestur, selain memberi perlindungan tambahan kepada pemandu serta penumpang.

Kluster instrumen bersaiz 12.3 inci disambung dengan skrin sentuh 10.25 inci untuk kawalan terbaik ketika memandu. 

Sistem bantuan pemanduan, BMW Personal CoPilot memastikan pemandu sentiasa selamat. Ia hadir dengan pelbagai sistem keselamatan untuk ketengangan minda anda semua. 

BMW 840i Gran Coupé M Sport hadir dalam enam warna menarik iaitu biru, hitam, putih dan oren. Pelanggan boleh memadankannya dengan pilihan warna dalaman seperti hitam, biru, coklay dan merah. 

Ditawarkan pada harga RM968,800 seunit, pelanggan yang berminat boleh membuat tempahan dengan RM10,000 sahaja. 

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button