BOSCH Mrec – Desktop
Artikel PilihanBuletin

PERMINTAAN TAYAR “SENYAP” MENINGKAT DUA KALIGANDA

SHARE

Ada satu teknologi yang sukar dihasilkan secara fizik – sebuah tayar prestasi yang senyap. Tayar yang senyap selalunya berprofil tinggi dan “tebal, sementara tayar untuk kereta-kereta berprestasi tinggi dan sport lazimnya memang lebih nipis dan bising berbanding tayar produksi kereta mewah.

Ia adalah disebabkan campuran kompaun dan juga fizik tayar profil rendah yang sukar untuk diseimbangkan. Anda cuma boleh pilih sama ada tayar senyap seperti Michelin Pimacy ST (silent Tyre) atau tayar prestasi seperti Michelin Pilot Sport.

Ya. begitulah. Sehinggalah syarikat seperti Pirelli melabur dalam membuat kajian memasang lapisan dalaman pada tayar profil rendah untuk jadikannya lebih senyap. Ia dikenali sebagai Pirelli Noise Cancelling System atau PNCS.

Toyo Tyre R2 – LD – Desktop

Para pembuat kereta azimnya cenderung bekerja rapat dengan syarikat tayar untuk membangunkan tayar yang mereka fikir akan sesuai dengan kenderaan mereka, dan pengilang tayar Itali Pirelli telah mengumumkan bahawa permintaan untuk PNCS telah meningkat sekaliganda pada tahun 2018.

BACA: RIM DAN TAYAR VEYRON LEBIH MAHAL DARI VELLFIRE

Pirelli mengumumkan bahawa homologasi kelulusan rasmi antara pembuat kereta dan Pirelli berteknologi PNCS telah meningkat dari 78 pada 2017 kepada lebih 150 pada 2018.

Pirelli telah memasang teknologi PNCS dalam tayarnya sejak tahun 2013, dan populariti semakin meningkat, sebahagian besarnya datang dari pengeluar kenderaan premium lebih mewah.

Matlamat utama PNCS adalah untuk mengurangkan bunyi jalanan yang masuk ke dalam kenderaan dan prestasinya sangat baik, dengan bunyi jalan dikurangkan sehingga 25 peratus.

Pirelli mendakwa bahawa dengan PNCS seolah-olah kenderaan itu hanya bergerak dengan tiga roda, bukannya empat. Secara asasnya, PNSC berfungsi “menyerap” bunyi bising pada seluruh tayar.

BACA: AVENTADOR DIPANGGIL SEMULA-TAYAR MUNGKIN TERCABUT

Pirelli memasang bahan menyerap bunyi (dengan teknologi yang dirahsiakan) yang bertindak sebagai span untuk menahan getaran di udara yang disebabkan oleh benjolan di permukaan jalan. Tayar ini dibezakan oleh logo di sisi dinding luar dengan akronim khas.

Tags
Google ads
Back to top button