Buletin

PERODUA ALZA 2022 – TEMPOH MENUNGGU CECAH 10 BULAN!

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad memberitahu bahawa tempoh menunggu untuk mendapatkan Perodua Alza adalah sekitar 10 bulan.

Namun, Zainal menyatakan bahawa pihaknya akan cuba sedaya upaya untuk mengurangkan tempoh menunggu itu sebaik mungkin.

Buat masa sekarang, Perodua sudah mempunyai stok sedia ada sebanyak 4,300 unit dan pelanggan terawal bakal menerima kereta mereka mulai hari ini.

Kilang Perodua di Sungai Choh, Rawang kini mampu menghasilkan sekitar 3,000 unit Alza sebulan dan 36,0000 setahun.

Sehingga kini, Perodua sudah menerima 30,000 tempahan Alza dengan 65 peratus daripadanya ialah varian AV.

Secara keseluruhannya, Perodua ‘berhutang’ sebanyak 243,000 unit tempahan kepada pelanggan di seluruh negara. Biarpun begitu, Zainal yakin dapat menyempurnakan tempahan berkenaan dalam tempoh yang sewajarnya, berdasarkan kepada kapasiti kilangnya.

Google ads
Back to top button