Buletin

PERODUA ALZA GEN KE-2 RASMI DILANCARKAN. LEBIH MANTAP, 22KM/L, BERMULA RM62.5K

Penantian seluruh rakyat Malaysia hari ini berakhir apabila Perodua selamat melancarkan secara rasmi model yang paling ditunggu-tunggu, apa lagi kalau bukan Alza. 

Kini memasuki generasi kedua, Alza mula diperkenalkan pada tahun 2009 dan berada di pasaran selama 13 tahun. Dalam tempoh itu lebih 400,000 unit terjual dengan jualan sekitar 2500 unit sebulan. Dengan teknologi yang semakin kuno, maka sudah tiba masanya Alza lama digantikan dengan model baharu sepenuhnya. 

Terimalah Alza generasi kedua yang kalau dibezakan dengan Alza lama ibarat langit dan bumi. Kembar kepada Toyota Veloz itu menerima penambahbaikan yang sangat signifikan sama ada dari segi rekaan luaran, dalaman, teknologi dan enjinnya.

Luaran

Alza 2022 dibangunkan di atas platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA-B) yang lebih tegar dan moden. Sama sperti model-model lain keluaran Perodua, MPV itu itu ditawarkan dalam tiga varian iaitu X, H dan AV. Pastinya, ciri yang dipasang berbeza di antara varian yang anda pilih. 

Harga pula bermula RM62,500 bagi varian X, RM68,000 (H) dan varian AV berharga RM75,500.

Bahagian hadapan diserlahkan dengan lampu utama LED, lampu isyarat jenis sequential, bersama kemasan krom pada tengah gril radiatornya.

Antara ciri menarik yang ada termasuklah lampu utama automatik, lampu kabus LED pada bahagian bawah bampar, lampu Follow Me Home . 

Melihat dari arah sisi, Alza hadir dengan dengan garis badan yang membuatkannnya kelihatan seperti sebuah wagon. Rim aloi bersaiz 16 inci (varian H dan AV) melengkapkan lagi penampulannya. Bahagian belakang pula nampak menarik dengan rekaan lampu yang nipis dan spoiler bersama lampu brek ketiga.

Dalaman

Ruang kabin Alza nampak moden dengan susun atur papan pemuka yang kemas. Antara ciri standard yang ada termasuklah perehat tangan pada tempat duduk baris hadapan dan kedua, sistem kemasukan tanpa kuncing, butang penghidup enjin, paparan multi-info LCD bersaia 4.2 inci, tempat dudud fabrik (varian X dan H) serta lampu pada ruang kargo.

Varian menerima paparan audio bersaiz sembilan inci, tweeter, stereng dibalut kulit, skrin paparan multi-info TFT berwarna 7 inci, mode pemanduan Normal, Eco dan sport serta pelarasan lampu utama automatik. Varian AV ditambah dengan brek parkir elektronik (EPB), tempat duduk semi kulit dan panel instrumen dua tona.  

Bagi memberikan lebih keselesaan kepada semua penumpang, MPV berkenaan adalah 35mm lebih lebar (1,730mm) dan 115mm lebih panjang (2,765mm) berbanding model terdahulu.

Sebagai sebuah kenderaan keluarga, Alza menawarkan ruang kargo seluas 498 liter apabila kerusi baris ketiga dilipat dan 137 liter ketika kerusi itu digunakan. 

Saiz itu sangat signifikan berbanding model lama yang menawarkan ruang 348 liter dan 83 liter apabila kerusi baris ketiga digunakan). Kerusi itu juga boleh dilipat menerusi beberapa konfigurasi mengikut keperluan sama ada penggunaan dua, lima atau tujuh tempat duduk. 

Enjin

Alza 2022 dikuasakan oleh enjin baharu bersesaran 1.5 liter dengan kod 2NR-VE DVVYi yang mematuhi piawaian emisi Euro 4. Enjin itu lebih berkuasa dengan 104.6 hp berbanding 102hp (enjin lama) bersama tork pada 138Nm pada 4,200rpm.

Enjin yang hadir dengan mode pemanduan Normal dan Power itu telah ditala semula untuk menawarkan lebih 40 peratus penggunaan bahan api lebih baik dengan bacaan 22.0km bagi setiap liter (13.3km/l enjin sebelumnya).  

Angka itu membolehkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang sejauh 358km hanya memerlukan minyak kurang RM40 sahaja. Ternyata gabungan enjin dengan kotak gear Dual Mode CVT itu cukup menjimatkan dan memberikan kuasa sewajarnya ketika dipandu. 

Perodua memang tidak kedekut dari segi sistem keselamatan. Buktinya, Alza dipasang dengan ciri-ciri seperti Lane Departure Prevention (LDP), Auto High Beam (AHB), Lane Departure Warning (LDW), ASA 3.0, enam beg udara, ABS, EBD, Brake Assist (BA), HHA, VSC dan ISOFIX. 

Varian H ditambah dengan Adaptive High Beam (ADB) serta sensor parkir depan belakang. Manakala varian AV menerima monitor panoramik 360 darjah, Adaptive Cruise Control (ACC), fungsi Start/Stop Hold, Lane Keep Control (LKC), Blind Spot Monitor (BSM), Rear Cross Traffic Alert (RCTA) dan perakam video digital (DVR) pada bahagian hadapan.

Terdapat 5 warna yang disediakan iaitu coklat, hitam, merah, perak dan putih. Alza juga hadir engan jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 150,000km (mana-mana tiba dahulu).

GALERI

Google ads
"
"
Back to top button