Buletin

PERODUA BANTU PELANGGAN TERJEJAS AKIBAT GEMPA

Bagi meringankan beban para pelanggan di Sabah yang terjejas akibat gampa bumi, Perodua menawarkan bantuan dalam bentuk pemeriksaan percuma, menunda dan diskaun ke atas alat-alat ganti terpilih.

perodua-logo-mekanika

“Kami sangat simpati dengan pelanggan yang terjejas dan ingin membantu mereka menghadapi kesan bencana ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Perodua akan memansuhkan kos menunda sehingga RM100 untuk membawa kenderaan ke pusat servis sah terdekat Perodua.   Diskaun sebanyak 20 peratus ke atas alat ganti terpilih (tertakluk kepada terma dan syarat) turut ditawarkan.

Para pelanggan digalakkan menghubungi talian Smart Assist Perodua di talian 1-800-88-5555 untuk maklumat lanjut atau mendapatkan khidmat menunda.

Pada Jumaat lalu, Sabah dikejutkan dengan gempa bumi sekuat 5.9 skala Richter yang meragut puluhan nyawa dan menyebabkan kerosakan yang serius.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button