Pandu Uji

HYUNDAI GENESIS – RM389,000

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) hari ini memperkenalkan model sedan mewah Genesis.

Hyundai-Genesis-2015-mekanika (1)

Genesis menjadi bukti keupayaan Hyundai dalam menghasilkan kenderaan yang mewah dan halus buatannya. Sedan itu juga sarat dengan pelbagai ciri dan teknologi terkini, sekali gus membuatkannya berada dalam kelas tersendiri.

“Genesis merupakan model utama Hyundai di peringkat global. Kami yakin bahawa pelancaran Genesis mampu meningkatkan nilai jenama Hyundai di Malaysia,” kata Pengarah Urusan HSDM, Lau Yit Mun.

SONY DSC

Direka berdasarkan kepada bahasa rekaan Fluidic Sculpture 2.0, Genesis memiliki penampilan yang premium, atletik dan harmoni. Manakala ruang kabinnya pula menyerlahkan kualiti buatan yang cukup teliti dan mewah. Ia direka berpaksikan kepada Human Machine Interface (HMI) yang membolehkan pemandu mengetahui suis dan fungsi secara intuitif ketika memandu.

Genesis dilengkapi sistem infotainmen dengan skrin sentuh bersaiz lapan inci. Pengalaman memandu sedan itu ditingkatkan lagi menerusi pelbagai ciri pintar seperti CO2 Cabin Sensor yang memantau kualiti persekitaran kabin.

SONY DSC

Lebih menarik lagi, Genesis dipasang dengan sistem bunyi keliling Lexicon® Discrete Logic 7 yang merangkumi 14 unit pembesar suara.

Jentera itu dikuasakan oleh unit enjin V6 GDI bersesaran 3.8 liter berkuasa 315 PS dan tork maksimum 397Nm. Kuasa itu disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi automatik lapan kelajuan.   

SONY DSC

Menyentuh tentang aspek keselamatan pula, Genesis dibina menggunakan keluli yang jauh lebih kukuh. Ia juga dipasang dengan sistem brek anti kunci (ABS), Brake Assist System (BAS), Vehicle Stability Management (VSM) dengan Electronic Stability Control (ESC), Traction Control System (TCS), Hill-start Assist Control (HAC) dan banyak lagi.

Genesis menjadi milik anda pada harga RM389,000 seunit (tidak termasuk insurans). Pembeli boleh memilih tiga warna luaran iaitu putih, perak dan hitam, selain tona hitam dan beige untuk ruang dalamannya.

SONY DSC

Selain jaminan standard untul lima tahun dan perbatuan sejauh 300,000km, HSDM juga menawarkan jaminan selama lapan tahun atau 300,000km untuk enjin dan kotak gear Genesis.

Demi memberi nilai tambah kepada Genesis, pemilik pertamanya layak menerima servis percuma selama lima tahun atau perbatuan sejauh 100,000km.

Hyundai-Genesis-2015-mekanika (15)

Pemilik Genesis juga akan diberi keahlian The Leader selama dua tahun secara percuma. Ahli-ahli The Leader boleh menikmati pelbagai kelebihan VIP seperti Premium Lounge di beberapa lapangan terbang terpilih di Malaysia dan banyak lagi.
[hr]GALERI

SONY DSCSONY DSCHyundai-Genesis-2015-mekanika (9)Hyundai-Genesis-2015-mekanika (10)Hyundai-Genesis-2015-mekanika (11)Hyundai-Genesis-2015-mekanika (14)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button