Buletin

PERODUA BEZZA FACELIFT TIBA SEAWAL 2025, BERDASARKAN PLATFORM DNGA

Khabar angin baru-baru ini menyatakan bahawa Perodua Bezza facelift masih mengekalkan binaan atas platform Axia dan tetap diletakkan di Segmen-A.

Sejak dilancarkan, Perodua Bezza menjadi sangat popular kerana ketahanan, kecekapan bahan api dan kos penyelenggaraan yang rendah.

Maka, tidak hairanlah ia menjadi pilihan dan telah mencatatkan rekod jualan sebanyak 8,500 unit dalam tempoh satu bulan.

Bezza di pasaran kini adalah model yang menerima sedikit pembaharuan pada 2020 sejak dilancarkan pada 2016 termasuk menggunakan teknologi Daihatsu.

Bagi Bezza generasi terkini, ia diasaskan dari hatchback Perodua Axia generasi terdahulu serta ditawarkan dengan enjin berkapasiti 1.0 dan 1.3 liter.

Bahkan, ia boleh dianggap sebagai Axia Sedan kerana lebar, ketinggian dan jarak roda adalah sama seperti Axia.

Tetapi, dari segi gaya rekaan luar dan dalam, ia sebenarnya jauh berbeza seperti rekaan bampar depan, bampar belakang, rekaan lampu depan LED bagi Bezza (Axia menggunakan projektor halogen) serta beberapa perubahan kecil dibuat pada rekaan dalaman.

Adakah Perodua Bezza facelift bakal didedahkan pada tahun ini, ia kemungkinan tidak akan berlaku kerana proses pembangunan, rekaan, tetapan peralatan untuk pengeluaran, ujian mass pro serta proses tetapan kualiti mengambil masa sekurang-kurangnya 18 hingga 24 bulan.

Selain itu, Bezza telah menerima proses naiktaraf pada tahun 2020 dengan menerima lampu depan LED, lampu belakang baru serta sistem ASA bagi varian AV.

Untuk itu, kita akan melihat Perodua Bezza generasi kedua membuat kemunculan pada akhir tahun 2024 atau awal tahun 2025. – Automachi

Google ads
Back to top button