
YANG DINANTI TELAH TIBA, BOON SIEW LANCAR HONDA MSX 125, RM11,128
Setelah menunggu sekian lama kehadiran MSX 125 ke pasaran tempatan, akhirnya Boon Siew secara rasminya melancarkan motosikal ini dalam satu siaran akhbaryang diedarkan pada pihak media pagi ini. Serentak dengan pelancaran ini ialah sesi tunggang uji eksklusif bersama pihak media permotoran yang akan di adakan di sebelah petang nanti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
BACA – 4 FAKTA MENARIK HONDA MSX125
BACA – SUZUKI BANGUNKAN PENCABAR MSX125
Tidak perlu diperkenalkan lagi, MSX125 adalah model global kategori fun bike / mini bike Honda yang telah mengejutkan pasaran. Walaupun kecil dari segi fizikal, Honda mencurahkan banyak teknologi abang-abangnya yang lebih besar.
MSX125 digerakkan oleh enjin satu selinder 4 lejang 125cc yang merupakan saiz penuh pada motosikal bersaiz sebenar. Ia menggunakan sistem pancitan bahan api PGMF1 yang dipadankan dengan kotak empat kelajuan dan sistem klac hidup.
Tiada motosikal 125cc komersial dalam industri yang menggunakan fork depan jenis USD (kecuali Benelli TNT135 yang dilancarkan semalam). Ia bukan sahaja membuatkan motor nampak mahal (tapi memang mahal), tapi dapat membahagikan beban dan pengendalian dengan sangat cemerlang. Jangan lupa monoshock dengan H arm di belakang dan lampu LED.
Harga jualannya ialah RM11,128.94 dan kami rasa ia agak berpatutan untuk pasaran motosikal ini. Sebagai perbandingan Kawasaki Z125 Pro dijual pada harga RM10,500. Jadi anda rasa berbaloi tak?
Boon Siew Honda menawarkan jaminan selama 2 tahun dengan had batuan 20,000km bagi model ini. Ia didatangkan dengan 2 pilihan warna iaitu Hyper Yellow dan Burning Red.
Ia pasaran kecil untuk pembeli yang bukannya beli motor ini ulang alik Semenyih-KL. Ini motor stailo yang ditunggang hujung minggu atau malam-malam ke Dataran Merdeka sambil tayang helmet rare misalnya?