Motosikal

EICMA 2017: TRIUMPH TIGER 800 XC & XR 2018 – TERIMA LEBIH 200 PENAMBAHBAIKAN

Triumph Motorcycles melancarkan rangkaian model Tiger 800 XC dan XR terbaharunya di acara EICMA 2017 yang sedang berlangsung sekarang di Milan, Itali.

Menjadi jentera adventure terbaik dan paling lama dihasilkan oleh Triumph, Tiger mula dikenali apabila memenangi pingat emas dalam acara International Six Day Trial pada tahun 1936.

Sejak itu, Tiger menjadi model penting pembuat motosikal jenama dari Britain tersebut.    

Tiger 800 XC dan XR menerima lebih 200 penambahbaikan dari segi chasis dan enjinnya. Ini bagi menawarkan tunggangan yang lebih responsif dan mengujakan kepada setiap penunggangnya.

Enjin Triple bersesaran 800cc telah dioptimumkan untuk menjana kuasa mencecah 95PS. Karekter motosikal ini dipertingkatkan dengan sistem ekzos ringan dengan bunyi lebih sedap.

Nisbah gear 1 dipendekkan untuk memberi cengkaman lebih baik di laluan off-road, tunggangan stabil pada kelajuan rendah dan pecutan mantap.

Ia kini didatangkan dengan enam mode tunggangan termasuklah mode “Off Road Pro” yang baru untuk memberikan anda kawalan sepenuhnya.

Dari segi kemudahan, anda pasti menghargai panel instrument TFT berwarna yang boleh dilaras itu. Penampilan Tiger 800 XC dan XR juga bertambah menarik menerusi penggunaan lampu LED.

Sebagai sebuah model adventure, keselesaan amat dititikberatkan. Justeru, aspek ergonomic Tiger telah ditambah baik dengan bar hendal dibelakangkan sebanyak 10mm untuk tunggangan yang lebih menegak.

Jentera ini menggunakan khidmat brek Brembo. Selain suspensi premium daripada WP atau Showa, bergantung kepada varian yang dipilih.

Seperti yang boleh dijangka, anda pasti berpuas hati dengan setiap kemasan dan perincian pada Tiger 800 XC dan XR. Kualiti material serta buatannya dapat dilihat dengan jelas. Ini merupakan antara sebab kenapa semakin ramai penunggang beralih kepada motosikal premium ini.

Bagi mereka yang berketinggian sederhana dan mahu memiliki sebuah Tiger, doa anda kini sudah dimakbulkan. Ini kerana Triumph ada menawarkan varian XR x LRH (Low Ride Height) yang tempat duduknya 50mm lebih rendah berbanding XR standard.

Memandangkan Tiger merupakan model bread and butter buat jenama Triumph di Malaysia, pengedarnya, Fast Bikes pasti akan membawa masuk jentera ini ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

Kita tunggu sahaja lah…

GALERI

Google ads
Back to top button