BuletinMotosikal

MOTOGP DIHADKAN HANYA 22 PUSINGAN SAHAJA BERMULA 2022

MotoGP dikatakan hanya akan mempunyai 22 perlumbaan maksima setiap musim bermula 2022 hingga 2026 dengan pusingan Sepanyol dan Portugis kemungkinan besar akan digilirkan, demikian jelas Carmelo Ezpeleta, CEO Dorna Sports.

Ia dibuat selepas pengumuman kalendar perlumbaan tahun 2020 yang menyaksikan perlumbaan bertambah ke dua puluh pusingan dengan kemasukan GP Finland. Ia membuatkan bos-bos MotoGP mula merancang perkembangan kalendar perlumbaan musim seterusnya.

Ezpeleta mengesahkan yang jumlah perlumbaan maksima yang dibenarkan untuk musim 2020 dan 2021 ialah 20 dan untuk musim 2022 ia akan meningkat kepada 22 pusingan setelah persetujuan dicapai dengan syarikat-syarikat pengeluar dan pasukan-pasukan yang bertanding.

Tetapi dengan empat pusingan yang diadakan di Sepanyol – Jerez, Aragon, Catalunya dan Valencia, seterusnya Portugal yang turut berminat menjadi tuan rumah, Ezpeleta menyatakan yang kemungkinan ada lokasi yang terpaksa digilirkan. Ia merupakan satu daripada cara untuk menerima masuk lokasi baru MotoGP.

Mungkin ada beberapa pusingan GP yang tidak akan diteruskan dan ia akan mengurangkan masalah. Pihak Portugal dalam rundingan juga bersetuju untuk menganjurkan 5 pusingan GP setiap lima tahun tapi sudah tentu mereka sebenarnya mahu menjadi tuan rumah setiap tahun.

Dorna turut menyatakan yang mereka tidak boleh terlalu fokus dengan rantau Eropah. Malah 25 peratus perlumbaan berlangsung di sana. Jadi cara terbaik ialah mengadakan sistem giliran.

Satu cara lagi ialah dengan menggunakan sistem tender, dengan kata lain siapa sanggup mengeluarkan belanja yang banyak akan menang tapi pihak Dorna memilih untuk berbincang dengan pihak terlibat sama ada mereka berminat ataupun tidak untuk menjadi penganjur.

Berdasarkan situasi tersebut mereka memilih untuk mengadakan sistem giliran antara lima lokasi tersebut di mana setiap lokasi akan menjadi tuan rumah pusingan MotoGP tiga kali setiap lima tahun.

Bos MotoGP itu turut menyatakan yang dua perlumbaan di Itali akan dikekalkan (GP Itali dan GP San Marino) kerana sokongan dan pelaburan yang padu dari negara tersebut. Ia merupakan antara lokasi GP yang sangat bermakna kerana mereka mempunyai dua pengeluar yang berasal dari Itali dan beberapa lagi pasukan yang berpangkalan di sana.

Satu lagi lokasi baharu ialah GP Indonesia (bermula 2021) dan untuk negara lain pula pengumuman hanya akan dibuat selepas kontrak dimeterai.

Walaupun perlumbaan seperti F1 bakal menambah jumlah pusingan kepada 25 menjelang 2020, MotoGP tetap akan mengekalkan jumlah 22 pusingan. Lokasi baru hanya akan ditambah jika ada mana-mana tuan rumah yang menarik diri.

MotoGP juga dijangka akan mengurangkan sesi latihan rasmi bagi mengurangkan kos dan memberikan masa rehat yang secukupnya untuk semua pelumba dan pasukan.

Tags
Google ads
Back to top button