Buletin

PERODUA MINTA MAAF. SASAR JUALAN 30K UNIT PADA DISEMBER 2021

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad hari ini memohon maaf kepada pelanggannya kerana hanya mampu menyerahkan 20,299 unit kenderaan pada November 2021.

Gangguan yang berlaku dalam ekosistem automotif tempatan nyata memberi kesan kepada pengeluaranya.

Bagi menambah baik keadaan tersebut, Perodua mensasarkan untuk meningkatkan jumlah pendaftaran bulanan paling tinggi dalam sejarahnya dengan sekurang-kurangnya 30,000 unit pada Disember. Terdahulu, Perodua menetapkan sasaran untuk menjual lebih 200,000 unit kenderaan pada tahun ini.

“Kami ingin memohon maaf di atas kelewatan penghantaran. Kami juga berterima kasih kepada pelanggan di atas sokongan dan kesabaran mereka, terutama sepanjang tahun yang mencabar ini,” kata Zainal.

Perbandingan dari bulan ke bulan menyaksikan jualan Perodua turun sebanyak 27.1 peratus dengan 27,858 unit didaftarkan pada Oktober 2021. Ia merupakan jualan bulanan tertinggi dalam sejarah Perodua setakat ini.

“Kami bekerjasama dengan ekosistem automotif untuk menangani isu-isu seperti peningkatan kes COVID-19 dan kekurangan bekalan chip semikonduktur. Dengan langkah-langkah yang telah diambil, kami menjangkakan Disember 2021 akan menjadi bulan terbaik kami,” tambah Zainal.

Google ads
Back to top button