Motosikal

BELI MOTOSIKAL GUNA SYILING BERNILAI RM5,281

Seorang lelaki tular di media sosial kerana bertindak memunggah guni simpanannya yang berisi duit syiling untuk membeli sebuah motosikal.

Berdasarkan satu klip video yang dimuat naik ke aplikasi Tik Tok oleh akaun bernama @wawasuhenda itu, kelihatan seorang lelaki sedang mengeluarkan duit syilingnya di atas lantai. 

Setelah dikira, lelaki itu berjaya mengumpulkan syiling bernilai 18 juta rupiah (RM 5,281.35) untuk membeli motosikal secara tunai.

Dalam video seterusnya, pekerja kedai motosikal itu bersama-sama mengira wang tersebut. 

Tindakan lelaki itu mendapat pelbagai reaksi netizen.

 “Di sini kita belajar tiada yang mustahil kawan-kawan, sedikit demi sedikit menjadi bukit, mari kita ada semangat menabung,” tulis seorang netizen. –KOSMO!

Google ads
Back to top button