Motosikal

PERSONA KLASIK ROYAL ENFIELD RUMBLER 500

Sempena pembukaan pusat jualan eksklusif Royal Enfield di Jakarta, jenama motosikal tertua itu melancarkan model Rumbler 500.

royal-enfield-rumbler-500_1

Rumbler 500 memiliki rekaan ikonik. Enjin berkapasiti 500cc FI itu mampu menghasilkan kuasa 27.2 bhp dan tork 41.3Nm. Penghantaran kuasa ke roda dibantu oleh transmisi 5-kelajuan.

Lampu hadapan projector berbentuk bulat memberikan imej klasik. Sementara, lampu belakang LED tampil moden.

royal-enfield- rumbler-500-mekanika (2)

Penggunaan konsol instrument futuristik dengan skrin LCD digital memudahkan pemilik dengan pelbagai maklumat tunggangan.

Model import dari India itu menawarkan keselesaaan, gaya dan  pengendalian santai bagi  penggemar touring. Ia memberikan karakter yang berbeza buat pemilik di jalan raya.

royal-enfield- rumbler-500-mekanika (4)

Rumbler 500 adalah produk baru Royal Enfield yang cukup mengagumkan di India. Di Indonesia model berkenaan dijual pada harga Rp 82 juta (RM 26,240).

Presiden Royal Enfield, Rudratej Singh berkata motosikal berkenaan cukup sesuai untuk tunggangan jauh. “Kami akan menghadirkan lebih banyak motosikal buat pasaran Indonesia secara berperingkat-peringkat,” katanya.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button