Buletin

COVID-19: PEMANDU INNOVA REMPUH PINTU HOSPITAL

Pandemik Covid-19 memberi impak mendalam kepada masyarakat dunia sehingga ada yang melepaskan kemarahan terhadap kerajaan malah pihak hospital.

Dalam insiden di India, seorang lelaki memandu kenderaan jenis Toyota Innova dan merempuh pintu kaca Hospital Bytco di  Nashik, Maharashtra.

Tindakan lelaki berkenaan yang merupakan pemimpin parti tempatan itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Melalui laporan diterima, baru-baru ini, bapa kepada lelaki itu telah meninggal dunia di hospital terbabit berikutan Covid-19 ketika menerima rawatan.

Bagaimanapun, ada laporan yang mendakwa dia berada dalam pengaruh alkohol ketika kejadian berlaku.

Dalam kejadian tersebut, dia dikatakan cuba mencederakan pekerja hospital sebelum melarikan diri.

Pihak polis berjaya memberkas suspek dan mendakwanya dengan pelbagai kes. –  cartoq

Google ads
Back to top button