Artikel PilihanModifikasi

TREADWEAR MAKIN RENDAH, TAYAR MAKIN CENGKAM DI SELEKOH?

Antara kriteria biasa pembelian tayar ialah treadwear atau dalam bahasa Melayu ialah kadar kehausan. Adalah norma untuk tayar Eco menggunakan treadwear yang tinggi disebabkan beberapa faktor. Treadwear yang tinggi menyebabkan pakali geseran yang rendah bagi membantu mengurangkan penggunaan petrol dan mengurangkan pelepasan asap.

Namun tayar Eco dengan pekali geseran rendah dan treadwear yang tinggi (antara 350 ke 450) juga ada kelemahan yang tersendiri. Ia kurang memberi cengkaman terutama sekali di laluan yang berselekoh. Sesetengah pakar berpendapat, makin rendah treadwear makin bagus cengkaman kereta dan prestasi di selekoh akan meningkat

Bagi menguji teori ini, Tyre Review telah menguji 5 tayar prestasi tinggi dengan nilai treadwear yang berbeza. Antara tayar yang diuji ialah Michelin Pilot Sport 4S (treadwear 300), Michelin Pilot Sport Cup 2 (treadwear 180), Goodyear F1 Supercar 3 (treadwear 220), Goodyear Eagle F1 Supercar 3R (treadwear 100) dan juga Toyo R888R (treadwear 100)

Ujian ini dijalankan dengan menggunakan kereta Chevrolet Camaro SS 1LE yang menggunakan enjin V8 6200cc. Enjin ini menghasilkan 455 kuasa kuda dan 616Nm tork yang semuanya dihantar ke tayar belakang. Bagi mengawal kuasa enjin, Camaro ini menggunakan tayar bersaiz 285/30Z R20 di depan dan 305/30ZR20 di bahagian belakang

Ujian ini dibuat di litar tertutup di Litar Nelson Ledges, dipandu oleh pemandu yang sama, cara pemanduan yang sama, kereta yang sama cuma pemboleh ubah yang berperanan di sini ialah 5 jenis tayar yang digunakan. Jadi adakah tayar dengan treadwear yang rendah mencatatkan masa paling pantas? Jawapannya ialah YA dan TIDAK.

Sila tonton video di bawah untuk penerangan teknikal yang lebih menarik

Google ads
Back to top button