Motosikal

BMW F 900 R FORCE EDISI TERHAD 300 UNIT SAHAJA. HARGA RM48,000

Pada tahun lalu, BMW melancarkan jentera F 900 R yang mendapat sambutan daripada golongan muda.

Terbaharu, BMW mengumumkan model edisi terhad F 900 R Force khusus untuk pasaran Perancis yang diilhamkan daripada pesawat pejuang.

BMW F 900 R Force yang mendapat sentuhan warna biru (San Marino Blue) dipadankan akses kuning (Fluorescent Yellow) dijual pada harga bermula 9,790 Euro (RM48,666).

Jentera terbaharu itu didatangkan dengan R pada bahagian tangki minyak, belly pan berserta aksen kuning, kowl pelana dan rim dengan aksen kuning.

BMW F 900 R Force mendapat khidmat enjin dwi-silinder sebaris berkapasiti 895cc yang mampu menjana kuasa sistem 105hp dan tork 92Nm dipadankan klac manual 6 kelajuan.

Dengan berat basah 211kg itu, motosikal edisi terhad itu memiliki kapasiti tangki minyak 13 liter dengan enam pilihan ketinggian tempat duduk.

Ia turut dilengkapi paparan meter digital jenis TFT berwarna 6.5 inci dipadankan BMW Motorrad Connectivity membolehkan telefon pintar disambung pada motosikal melalui Bluetooth.

Jentera terbaharu itu boleh memecut dari 0-100 km/j dalam tempoh 3.6 saat dan berupaya mencapai kelajuan maksimum 200 km/j.-rideapart

Google ads
Back to top button