Artikel Pilihan

PERODUA AXIA 2023, APA LAGI YANG KITA TAHU SETAKAT INI?

Perodua Axia 2023 merupakan rahsia tersembunyi yang cuba disimpan oleh Perodua sehabis baik. Seperti yang kita tahu, Perodua Axia merupakan produk pertama yang dibangunkan oleh Perodua secara langsung dalam masa yang sama dengan kembarnya iaitu Daihatsu Ayla dan Toyota Agya dibawah program Low Cost Green Car.

Tapi dengan usia menjangkau 9 tahun, memang Perodua Axia generasi baru akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2023. Berikut ialah beberapa maklumat tambahan yang kami dapat setakat ini:

1. Enjin – pada awalnya kami menjangkakan ia akan dipasang dengan enjin 3 silinder 1200cc WA-VE yang sama dengan Ativa Hybrid (WA-VEX). Ada juga beberapa laporan portal yang lain mengatakan enjin 1KR-VET pada Axia akan digunakan pada Axia

Tapi kita kena ingat, Axia ini adalah model kompak murahan bukannya model flagship. Besar kemungkinan ia akan mengekalkan enjin 3 silinder 1000cc 1KR-VE dengan teknologi pemasaan injap VVT-i bagi mengekalkan kos pengeluaran.

Ciri Start/Stop atau Eco Idle dalam istilah Perodua juga mungkin akan diperkenalkan bagi membantu mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida dan juga mengurangkan penggunaan bahan api ketika kesesakan jalan raya

2. Transmisi – tapi gear 4 kelajuan automatik akan digantikan dengan unit Dual Mode CVT yang pada hemat penulis sudah cukup untuk menggerakkan Axia dengan pantas. Malah ujian penulis bersama-sama dengan Myvi 1.3 PSDA yang dipadankan dengan DCVT mendapati ia lebih bertenaga berbanding dengan unit 4 kelajuan automatik

3. Saiz – memang sudah menjadi visi Perodua untuk menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture dalam pembinaan Axia baru. Tapi masalahnya ialah kita tak dapat meneka saiz Axia baru ini dengan tepat. DNGA boleh digubah untuk menghasilkan apa sahaja rekaan yang kita mahu

Ia boleh dijadikan kompak kei segmen (Daihatsu Tanto, Daihatsu TAFT), A Segmen (Daihatsu Rocky, Perodua Ativa) dan juga B Segmen (Perodua Alza, Daihatsu Xenia, Vios 2023). Kami cuma boleh meneka saiz Axia berdasarkan sejarah bagaimana saiz kereta kompak Perodua berubah

Kalau anda perasan, model paling kecil ialah Kancil dan juga Kelisa. Apabila Perodua Viva dijual, saiznya lebih besar sedikit berbanding dengan Kancil/Kelisa. Trend ini juga dapat dilihat apabila Axia mulai dijual, sazinya kurang sedikit sahaja berbanding dengan Myvi Lagi Best pada ketika itu. T

Tekaan kami ialah, saiz Axia baru akan lebih besar berbanding Axia lama tapi tidak akan sampai kepada saiz Perodua Myvi sekarang.

4. Lebih moden – salah satu benda yang penulis suka ialah lampu depan Axia akan menggunakan lampu teknologi LED bersama-sama reflektor bagi menggantikan lampu halogen. Perodua Bezza 1.0 pun pakai LED bro

5. Lebih selamat- penggunaan cesi DNGA juga membolehkan Perodua memasang lebih banyak peralatan keselamatan yang lebih baik seperti sistem Perodua Smart Drive Assist. Mungkin juga kita boleh lihat sistem pemanduan automatik ACC akan dipasang pada Axia varian termahal. Mungkin juga kita boleh lihat varian AV akan menggunakan 6 beg keselamatan udara berbanding 2 yang ada sekarang

Tapi apa yang tulis di sini ialah tekaan semata-mata berdasarkan apa yang dihasilkan oleh Perodua berdasarkan aktiviti pelancaran model terbaru dan juga facelift. Pada hemat kami, Axia akan kekal sebagai kereta pilihan utama rakyat marhaen yang mahukan medium pengangkutan yang jimat bahan api dan selamat.

Google ads
Back to top button