Buletin

PENGELUAR KENDERAAN DALAM DIAM CUAK DENGAN APPLE?

Syarikat gergasi teknologi, Apple masih berminat membangunkan kereta elektrik sendiri walapun gagal memeterai perjanjian dengan Hyundai ataupun Nissan.

Difahamkan, dalam perkembangan terbaharu, syarikat terbabit sedang mengadakan perbincangan bersama pembekal alat ganti kenderaan yang berpangkalan di Kanada, Magna.

Magna telah menandatangani perjanjian dalam pembangunan SUV elektrik, Fisker Ocean.

Menurut laporan carbuzz, sejak Apple mengumumkan projek kenderaan elektrik, kebanyakkan eksekutif daripada gergasi automotif seperti VW, BMW dan Toyota secara terbuka mengatakan tidak gentar dengan saingan terbaharu itu.

Bagaimanapun, di belakang tabir, terdapat kebimbangan terhadap perkembangan terbaharu tersebut.

News Europe melaporkan pengeluar kenderaan bimbang berikutan Apple mempunyai keupayaan melengkapkan jentera dengan perisian ekosistem yang telah digunakan berjuta-juta pengguna iPhone.

Penganalisis di Bernstein Limited, Arndt Ellinghorst, ekosistem tersebut sahaja boleh menjadi aset penting kepada Apple untuk bergerak maju ke hadapan.

 “Pada pandangan saya, Apple akan memberi kesan yang lebih besar berbanding Rivian, Lucid, Fisker ataupun Nio,” katanya.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan tidak yakin kenderaan Apple akan dilancarkan sebelum 2024 kerana telah meletakkan piawaian sangat tinggi apabila ingin melancarkan produk baharu. – agensi

Google ads
Back to top button