Buletin

TAKUT COVID-19 PUNYA PASAL, LELAKI SANGGUP SEMBUNYI 3 BULAN DI LAPANGAN TERBANG

Seorang lelaki dari California, Amerika Syarikat (AS) yang ‘terkandas’ di Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare, Illinois selama tiga bulan gara-gara bersembunyi daripada pandemik Covid-19.

Aditya Singh, 36, memberitahu pihak berkuasa dia tidak mahu meneruskan penerbangan kerana takut berdepan Covid-19 yang melanda dunia.

Menurut portal Chicago Tribune, Aditya tiba dari Los Angeles pada 19 Oktober lalu dan tidak mahu meneruskan perjalanannya dengan menaiki pesawat kerana bimbang dijangkiti pandemik.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan dikesan dan ditangkap pada hujung minggu lalu sebelum didakwa di bawah dua pertuduhan iaitu menceroboh serta terlibat dengan kes kecurian kecil, kata kumpulan pendakwa raya.

Terdahulu, sebelum ditahan, Aditya dikatakan telah dirapati oleh dua orang pegawai dari United Airlines yang curiga dengan tingkah lakunya sebelum meminta pengenalan diri daripada lelaki itu.

Aditya menunjukkan dokumen pengenalan palsu sebagai seorang kakitangan lapangan terbang iaitu dokumen asal yang dipercayai milik seorang pengurus operasi yang dilaporkan hilang pada 26 Oktober lepas kira-kira seminggu selepas Aditya berada di lapangan terbang terbabit.

Menurut Penolong Peguam Negara, Kathleen Hagerty, Aditya mendakwa terjumpa dokumen pengenalan tersebut sebelum mengambil dan menggunakannya untuk tujuan sendiri kerana terlalu takut untuk pulang disebabkan Covid-19.

Difahamkan juga, tujuan sebenar Aditya berada di Chicago masih belum dapat dipastikan dan buat masa ini.

Lelaki tersebut dibebaskan dengan ikat jamin bersyarat iaitu tidak dibenar menjejakkan kaki ke lapangan terbang itu lagi sehingga menunggu tarikh perbicaraan yang berikutnya.

Dalam pada itu, Hakim Daerah Cook, Susana Ortiz melahirkan rasa terkejut dengan keadaan kes terbabit. – agensi

Google ads
Back to top button