Buletin

PESAWAT RINGAN MENDARAT CEMAS DI LEBUH RAYA PLUS ARAH SELATAN

Sebuah pesawat ringan mendarat cemas di Kilometer 47.8 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, dekat Kulai, Johor  pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Menurutnya, pegawai trafik masih berada di lokasi untuk tindakan lanjut.

“Pesawat ringan itu bukan terhempas, tetapi mendarat cemas. Setakat ini belum ada maklumat mengapa pesawat ringan itu mendarat atas lebuh raya. Tunggu laporan yang dibuat pihak kami,” katanya.

Difahamkan, juruterbang dan seorang lagi yang berada dalam pesawat berkenaan selamat dalam kejadian terbabit. – Sinar Harian

Google ads
Back to top button