Buletin

BELUM MASA CHINA BENARKAN HAMPIR 100 PESAWAT BOEING 737 MAX TERBANG SEMULA

Pengawal selia penerbangan China belum membenarkan hampir 100 pesawat Boeing 737 MAX yang digunakan syarikat penerbangan di negara terbabit.

Ia selepas syarikat penerbangan terbesar itu berdepan masalah keselamatan yang berlanjutan, walaupun Amerika Syarikat (AS) menarik balik larangan penerbangan komersial.

Pesawat Boeing yang paling laris itu tidak dibenarkan terbang di seluruh dunia, berikutan dua kemalangan mengorbankan 346 penumpang.

Pesawat Ethiopian Airlines terhempas selepas ia berlepas kira-kira enam minit dari Addis Ababa pada Mac 2019 manakala satu lagi insiden melibatkan pesawat Indonesia Lion Air pada Oktober 2018.

Sejak itu, ia menghadapi ujian dan proses kelulusan yang panjang dengan pengawal selia penerbangan di seluruh dunia.

Memetik laporan media tempatan CCTV, Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) berkata, pihaknya tidak menetapkan waktu spesifik untuk menyambung semula penerbangan menerusi pesawat itu.

China merupakan negara pertama menangguhkan penerbangan menggunakan pesawat berkenaan.

Pihak pengawal selia itu menjelaskan, hasil siasatan terhadap insiden maut di Indonesia dan Ethiopia harus dijalankan dengan telus dan reka bentuk pesawat berkenaan juga harus diperbaiki secara efektif serta memperoleh kelulusan.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS pada Rabu, meluluskan operasi penerbangan komerisal membabitkan pesawat berkenaan.

Mengenai kemalangan yang dihadapi pesawat Boeing, ia dipercayai berkaitan dengan sistem anti-stall yang dipanggil MCAS berdasarkan hasil siasatan terhadap insiden terbabit. – agensi

Google ads
Back to top button