Buletin

CHINA BANGUNKAN PESAWAT HIPERSONIK BERKELAJUAN 19,000KM/J

China kini dilapor sedang membangunkan pesawat hipersonik yang mampu membawa 10 orang penumlang ke mana-mana sahaja di dunia dalam masa satu jam sahaja. 

Pesawat sepanjang 45 meter itu adalah lebih besar berbanding Boeing  737 dan mempunyai sayap seperti Concorde dengan bahagian sedikit terjungkit. 

Pihak berkaitan memberitahu pesawat itu bakal disiapkan menjelang tahun 2035 dan memiliki kapasiti sehingga 100 orang pada tahun 2045. Hasil daripada reka bentuk yang kompleks, ia didakwa mampu bergerak lima kali lebih laju daripada kelajuan bunyi. 

Prototaip pesawat berkenaan didedahkan dalam satu kajian oleh pasukan saintis angkasa lepas China yang terlibat dalam misi bulan dan planet Marikh. Reka bentuk pesawat itu berasaskan kepada Beoing Manta X-47C yang merupakan sebahagian daripada projek terbengkalai NASA pada tahun 200 kerana kosnya terlalu mahal. 

Bekas jurutera program hipersonik NASA, Ming Han Tang mereka bentuk teknologi pesawat Two-Stage Vehicle (TSV) X. Ia menggunakan dua unit enjin dengan tiada komponen bergerak pada setiap bahagian sisi pesawat. 

Setakat ini Lockheed SR-71 Blackbird ialah pesawat jet terpantas di dunia.

Ia berupaya mencapai kelajuan Mach 3.3 iaitu lebih daripada 3,500km/j (2,100 mph), hampir empat kali lebih pantas berbanding purata kelajuan pelayaran pesawat komersial.

Google ads
Back to top button