Buletin

PETRON MALAYSIA LANCAR KEMPEN ‘PASTI OK’, SEDIA PENGALAMAN INKLUSIF

Petron Malaysia memperkenalkan kempen terbaharu dinamakan PASTI OK, sebagai usaha menegaskan komitmen syarikat dalam menyediakan pengalaman mesra, inklusif serta positif kepada semua pelanggan.

Bagi Petron, stesen minyak bukan sekadar lokasi mengisi bahan api, sebaliknya sebuah hentian yang menyambut setiap pelanggan dengan senyuman, layanan mesra serta kemudahan yang sentiasa bersih dan selesa.

Menerusi kempen ini, Petron menampilkan imej sebagai stesen minyak mesra kejiranan yang menerima semua golongan tanpa mengira latar belakang.

Sama ada pelanggan mahu mengisi minyak, menikmati kopi, atau sekadar menggunakan kemudahan disediakan, mereka akan berasa selesa seolah-olah di rumah sendiri.

Kempen PASTI OK turut memperkenalkan isyarat tangan khas dalam Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) yang mendapat pengiktirafan daripada Persekutuan Orang Pekak Malaysia.

Langkah ini mencerminkan kesungguhan Petron dalam menyokong komuniti pekak dan kurang pendengaran, sekali gus menggalakkan budaya keterangkuman.

Pengurus Besar Petron Malaysia, Mohd Nizam Mansor, berkata pihaknya sentiasa mencari jalan untuk menambah nilai buat pelanggan.

“Matlamat kami adalah memastikan setiap kunjungan pelanggan bukan sahaja mudah, tetapi menjadi pengalaman yang menyenangkan. Dengan kempen PASTI OK, kami mahu menyerlahkan komitmen terhadap aksesibiliti, keramahan dan kecemerlangan perkhidmatan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Petron Malaysia, Wan Adibah Azian Mahmood, menegaskan bahawa inklusiviti di stesen Petron adalah sesuatu yang dipraktikkan setiap hari.

Jelajah PASTI OK Seluruh Negara

Bagi mendekati masyarakat, semangat kempen ini turut dibawa ke Jelajah Aspirasi Malaysia anjuran bersama RTM sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia.

Siri jelajah bermula di Gua Kelam, Perlis pada 16 Ogos lalu sebelum bergerak ke seluruh negara dengan penglibatan agensi kerajaan, rakan korporat dan orang ramai.

Di stesen terpilih, pelanggan berpeluang menyertai pelbagai aktiviti interaktif, program tanggungjawab sosial korporat (CSR), serta menikmati hadiah eksklusif selaras dengan nilai PASTI OK.

Sebagai tambahan, Petron turut memperkenalkan Petron PASTI OK Sweep, iaitu cabaran membeli-belah pantas di kedai serbaneka Treats.

Peserta bertuah berpeluang mengisi barangan dalam masa terhad, serentak dengan penganjuran Petron Hypermarket Sweep yang berlangsung dari 9 September hingga 11 November 2025.

Petron juga terus menawarkan promosi popular seperti Wonderful Wednesday, Fuel-Filling Friday, Shop Talk, Signature Karipuff dan Costa Coffee Combo yang menjadikan setiap kunjungan pelanggan lebih berbaloi.

Google ads
Back to top button