Buletin

PETRON PERKENAL BAYARAN E-WALLET BOOST. TAWAR HADIAH BERNILAI RM1 JUTA!

Petron Malaysia mengembangkan perkhidmatan bayaran di stesennya apabila menjalin kerjasama dengan penyedia e-wallet terkemuka, Boost.  

Kerjasama dengan GHL Systems Bhd. di Malaysia dan Asean membolehkan perkhidmatan Boost diperkenalkan di hampir semua stesen Petron di seluruh negara.

Jadi, pelanggan kini boleh membuat pembayaran menerusi semua e-wallet di Malaysia seperti Goodkredit, Grabpay, Maybank QRPAY, MBSB, Mcash, Touch n Go, Alipay dan Unionpay.

Sempena kolaborasi ini, Petron akan memberi ganjaran kepada pelanggan yang mengisi minyak di stesen Petron melalui kempen Spend & Win SURE ONG!

Bermula sekarang hingga 31 Januri 2020, pelanggan yang berbelanja minimum RM50 menggunakan Boost akan menerima cashback sebanyak RM5, terhad dua cashback bagi setiap pengguna.  

Bukan itu sahaja, setiap RM40 yang dibelanjakan di stesen Petron, ahli kad Petron Miles dan penguna Bosst akan mendapat satu penyertaan cabutan bertuah.

Untuk turut serta, semua transaksi mestilah dileret dengan kad Petron Miles yang telah didaftarkan.  

Petron menawarkan hadiah dan cashback Boost bernilai sehingga RM1 juta. 15 orang pemenang hadiah utama akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM8,888.

Sementara 150 pemenang hadiah pertama akan menerima wang tunai RM800. 500 pemenang hadiah saguhati pula akan menerima 18,888 mata Petron Miles.

Google ads
Back to top button