Buletin

PETRONAS AUTOEXPERT TAWAR DISKAUN SEHINGGA 50% KEPADA FRONTLINERS

PETRONAS AutoExpert, pusat servis automotif yang dibangunkan oleh PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia Sendirian Berhad (PLMMSB) melancarkan kempen promosi penukaran minyak enjin dan servis kereta khusus untuk kakitangan dan anggota barisan hadapan pada bulan Mei lepas. 

Ini sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang bertungkus-lumus membanteras penularan pandemik COVID-19 di Malaysia.

Meneruskan momentum kejayaan kempen ini, PETRONAS AutoExpert kini menawarkan diskaun sehingga 50% (tertakluk terma dan syarat) untuk beberapa pakej penukaran minyak enjin PETRONAS Syntium yang meliputi minyak sintetik penuh, semi sintetik serta mineral. 

Petugas barisan hadapan yang terpilih dalam program ini termasuklah kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Susulan kejayaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang kami laksanakan pada Mei lalu, kami di PLMMSB bersama-sama dengan rakan niaga kami, PETRONAS AutoExpert, membuat promosi ini sebagai kesinambungan program CSR tersebut. 

“Ia bertujuan untuk meringankan beban kewangan dalam kalangan petugas barisan hadapan. Ini adalah sumbangan kecil kami sebagai tanda terima kasih dan perhargaan terhadap pengorbanan mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PLMMSB, Hardeep Singh.

Promosi bermula 15 Julai 2020 sehingga 30 Oktober 2020, atau sementara stok masih ada. Untuk menyertai program ini, petugas barisan hadapan disarankan untuk membuat tempahan slot di cawangan PETRONAS AutoExpert berikut:

Google ads
Back to top button