Artikel Pilihan

AZLAN SHAH KECEWA, PENGORBANAN DAN KEJAYAANNYA TAK DIHARGAI…

Ini adalah keluhan klasik “wira negara” yang tak didendang, tak diceritakan oleh media tempatan. Berpuluh kejuaraan podium, kejuaraan keseluruhan, tahunan dan bermacam lagi, namun pendedahan dan sokongan yang diterima masih sendu.

Azlan Shah Kamaruzzaman, pelumba yang mengharumkan nama Malaysia dengan menggondol kejuaraan ASB1000 Dalam FIM Asia Road Racing Championship di Buriram, Thailand minggu lalu mendedahkan betapa beliau kecewa apabila tidak mendapat tempat di kalangan media tempatan.

Seingat kami, hanya beberapa media tempatan seperti mekanika yang memberi liputan menyeluruh pada acara perlumbaan begini. Dalam satu status yang dimuatnaik pada malam semalam di laman facebook beliau, Azlan jelas tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya terhadap kurangnya liputan bagi acara begini.

“Salam semua….ingin meluahkan sikit yang terbuku di dada ni…. kecewanya rasa bila baru2 ni membawa bendera Malaysia yang ku sanjung di buriram selepas dinobat kan sebagai juara asia …namun sambutan surat khabar tiada langsung menceritakan kenangan manis ku menjulang Piala asia road racing…. hanya berita harian yg memwarwarkan berita ini…aku juga athlete yang membawa nama malaysia ke persada dunia …. namun sambutan hambar…pandang lah kami juga athlete mengadai nyawa untuk negara tercinta…. tgk2 lah bawah sikit wahai org2 yg sepatutnya…. maafkan saya jika terkasar bahasa…. hanya luahan hati ….alhamdulillah tq semua.”

Beliau percaya, jika media memberi liputan yang meluas, banyak perkembangan positif yang mampu membangunakan sukan motor secara keseluruhan. Ia bukan setakat menaikkan nama Malaysia dan pasukan yang bertanding, malah mampu membantu memberi pendedahan awal kepada anak-anak muda tempatan bahawa ada banyak peluang dan platform perlumbaan yang boleh diceburi mereka.

“Statement saya bukan untuk mencari popularity… bagusnya kuasa media untuk generasi muda tahu berlumba dengan jalan yang betul dan mengharumkan nama negara … ikut saluran yang betul…bukan lumba haram atau basikal lajak… x kisah mana sukan pun …sekadar berkongsi pendapat sy.. .”

BACA: AZLAN SHAH HARUMKAN NAMA MALAYSIA LAGI!

Google ads
Back to top button