" "
BuletinMotosikal

PETRONAS SRT KECUNDANG DI JEREZ. MARQUEZ TAK DICABAR LANGSUNG

Trek yang sempit, pendek, banyak selekoh dan inilah Jerez, litar yang tidak ada banyak tempat untuk memintas atau memecut di laluan lurus. Namun bagi pelumba Marq Marquez, Jerez ibarat remah keduanya – kacang.

Biarpun bermula di petak 1 – 2 di hadapan, pasangan pasukan Petronas SRT, Quantararo dan Morbidelli tidak bernasib baik kali ini. Sebaik permulaan perlumbaan, Marquez yang berada pada petak ketiga pantas memecut ke hadapan menutup ruang untuk masuk selekoh yang pertama.

Dan bermulalah aksi boring yang melampau kerana bila Marquez di depan, tak ada siapa yang mampu kejarnya lagi. Dari 1 saat, jarak dengan pelumba kedua menjadi 4 saat.

Ya. Bosan

Namun apa yang agak mengecewakan dalam perlumbaan tadi ialah kerosakan jentera yang dialami Quantararo. Beliau yang berjaya memintas rakan sepasukannya Morbidelli untuk merebut tempat kedua di belakang marquez berjaya mengikutnya dengan konsisten.

Dari perbezaan 2 saat kemudian mengecil dan kelihatan semakin rapat. Bagaimanapun anak muda yang baru berusia 20 tahun ini tak bernasib baik. Di laluan lurus pusingan ke 13, kotak gear jentera Yamaha M1 bermasalah. Beliau tidak dapat menurun atau menaikkan posisi gear.

Kedudukan kedua segera direbut kelompok kedua yang dipimpin oleh Morbidelli. Bagaimanapun Alex Rins berjaya memintas diikuti Vinales Dovioso dan Petrucci.

Sementara itu, Hafizh Syahrin menamatkan perlumbaan di tempat terakhir bersama rakan sepasukannya Oliveira. Pasukan Factory KTM juga sekadar menghabiskan perlumbaan di tempat ke 13 dan 14.

1 Marc MARQUEZ Repsol Honda Team Honda
2 Alex RINS Team SUZUKI ECSTAR Suzuki
3 Maverick VIÑALES Monster Energy Yamaha MotoGP Yamaha
4 Andrea DOVIZIOSO Mission Winnow Ducati Ducati
5 Danilo PETRUCCI Mission Winnow Ducati Ducati
6 Valentino ROSSI Monster Energy Yamaha MotoGP Yamaha
7 Franco MORBIDELLI Petronas Yamaha SRT Yamaha
8 Cal CRUTCHLOW LCR Honda CASTROL Honda
9 Takaaki NAKAGAMI LCR Honda IDEMITSU Honda
10 Stefan BRADL Team HRC Honda
11 Aleix ESPARGARO Aprilia Racing Team Gresini Aprilia
12 Jorge LORENZO Repsol Honda Team Honda
13 Pol ESPARGARO Red Bull KTM Factory Racing KTM
14 Johann ZARCO Red Bull KTM Factory Racing KTM
15 Tito RABAT Reale Avintia Racing Ducati
16 Karel ABRAHAM Reale Avintia Racing Ducati
17 Bradley SMITH Aprilia Factory Racing Aprilia
18 Miguel OLIVEIRA Red Bull KTM Tech 3 KTM
19 Hafizh SYAHRIN Red Bull KTM Tech 3 KTM

TAK TAMAT PERLUMBAAN

Jack MILLER Pramac Racing Ducati
Joan MIR Team SUZUKI ECSTAR Suzuki
Fabio QUARTARARO Petronas Yamaha SRT Yamaha
Francesco BAGNAIA Pramac Racing Ducati
Google ads
Back to top button