
BENTUK KARTEL KAWAL HARGA SKUTER, MAHKAMAH TINGGI INDONESIA TOLAK RAYUAN HONDA DAN YAMAHA – KENA DENDA RM13.8 JUTA
Mahkamah Tinggi Indonesia menolak rayuan yang dikemukakan oleh pembuat motosikal Honda dan Yamaha yang telah didapati bersalah kerana membentuk kartel bagi mengawal harga skuter keluaran mereka.
Honda dan Yamaha didapati bersalah oleh Suruhanjaya Pemantauan Persaingan Perniagaan (KPPU) pada Fabruari 2017.

KPPU mendapati Honda dan Yamaha melanggar Artikel 5 (1) Undang-undang No. 5/1999 yang menyatakan ahli perniagaan dilarang daripada menetapkan harga barangan atau perkhidmatan dengan para pesaing mereka dala segmen pasaran yang sama.
Menurut dokumen keputusan, pasukan penyiasat KPPU mendapati Presiden Yamaha, Yoichiro Kojima telah bertukar-tukar e-mel dengan Presian Honda, Toshiyuki Inuma pada Januari 2015 mengenai harga skuter yang dipasarkan di Indonesia.
Mereka juga dilapor pernah bermain golf bersama-sama sebanyak dua kali pada tahun 2013 dan 2014.

Berdasarkan kepada siasatan bermula pada 2016, Honda mendominasi pasaran skuter di Indonesia dengan 68 peratus, diikuti oleh Yamaha sebanyak 30 peratus.
Manakala dua jenama lain iaitu Suzuki dan TVS hanya mempunyai pegangan pasaran 2 dan satu peratus sahaja.
Honda dan Yamaha kini menguasai pasaran skuter Indonesia dengan 74.6 peratus dan 22.8 peratus.
Dengan keputusan terbaru itu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Honda dan Yamaha membayar denda sebanyak RM13.89 juta.
sumber: The Jakarta Post