Buletin

PEUGEOT 3008 & 5008 CKD 2021. REKAAN BAHARU, 1.6L TURBO, BERMULA RM162K

Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd, pengedar tunggal baharu untuk kenderaan jenama Peugeot di Malaysia hari ini melancarkan secara rasmi Peugeot 3008 dan 5008 ke pasaran tempatan.  

Model facelift itu menerima rekaan bampar baharu yang unik. Sekali gus menyerlahkan penampilan SUV yang cukup laris di pasaran Eropah itu.

Gril tanpa bingkai dengan kemasan hitam pada skup sisi disepadukan bersama rekaan bampar yang baru. Lampu utama dengan ciri lampu membelok juga direka semula agar lebih agresif

Lampu belakang LED pula mengekalkan rekaan signatur tiga cakaran bersama lampu isyarat membelok jenis berturutan.

Ciri-ciri luaran lain termasuklah:

  • Rim Los Angeles bersaiz 18 inci pada 3008
  • Rim Detroit bersaiz 18 inci pada 5008
  • Pintu belakang bebas tangan
  • Bumbung panoramik
  • Sistem kemasukan tanpa kunci
  • Sensor parkir depan belakang

Perbezaan paling ketara di antara kedua-dua model itu ialah kapasiti tempat duduk. 3008 hadir dengan lima tempat duduk, manakala 5008 menawarkan 7 kerusi bersama ruang yang luas dan praktikal.

Ia menampilkan teknologi i-Cockpit digital yang terdiri daripada paparan kluster digital bersaiz 12.3 inci, stereng kompak dan skrin sentuh berwarna 10 inci baharu.

Sisi elegan ruang tersebut diserlahkan dengan tujuh suis seperti piano yang menawarkan akses terus kepada fungsi audio, pendingin hawa, navigasi bersama arahan suara, tetapan kenderaan, telefon, aplikasi mudah alih dan lampu hazard.

Selain pengecas tanpa wayar pada konsol tengah, Apple CarPlay dan Android Auto hadir sebagai ciri standard.

Ciri-ciri dalaman lain:

  • Lampu mood
  • Paddle Shifters
  • Pendingin hawa dua zon (kawalan blower belakang untuk Peugeot 5008)
  • Tempat duduk dibalut kulit
  • Brek parkir elektrik  
  • Kerusi kuasa 6-tetapan
  • Drive Mode Selector (mode Sport)

Bukan itu sahaja, 3008 dan 5008 didatangkan dengan bantuan pemanduan dan sistem keselamatan terkini. Antaranya termasuklah:

  • Visiopark 1, merangkumi kamera undur 180°
  • Active Lane Keeping Assist
  • Driver Attention Warning
  • Speed Limit recognition
  • Blind Spot Monitoring
  • Advanced Grip Control, mengoptimumkan sistem kawalan cengkaman dengan lima  mode (Normal, Snow, Mud, Sand dan ESP off)
  • Hill Assist Descent Control (HADC)
  • Ciri standard lain ialah 6 beg udara SRS, ABS, Electronic Stability Program (ESP), Electronic Brake-Force Distribution (EBD), Emergency Brake Assist (EBA), Dynamic Stability Control (DSC), Anti-Skid Regulation (ASR) dan Hill Start Assist.

Kedua-dua SUV berkenaan dikuasakan oleh enjin 1.6L Twin Scroll Turbo High Pressure (THP) yang mampu menjana 15hp dan tork 240Nm. Kuasa itu dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan.  

Ia dipasang di kilang Stellantis di Gurun, Kedah dan telah melalui ujian kualiti sejauh 300,000km melibatkan pelbagai jenis cuaca dan landskap di Malaysia.

Pelanggan boleh memilih di antara warna kelabu, putih dan hitam. Warna coklat eksklusif untuk 3008. Manakala warna hijau (Emerald Crystal) khas buat 5008.  

3008 ditawarkan pada harga RM161,616 seunit dan 5008 pula berharga RM177,311.   

Jentera itu hadir bersama jaminan selama lima tahun dan perbatuan sejauh 100,000km. Lebih menarik ia juga didatangkan dengan servis percuma selama tiga tahun atau perbatuan 60,000km (mana-mana tiba dahulu).

GALERI

Google ads
"
"
Back to top button