Buletin

PEUGEOT 308 RUPA BAHARU GUNA ENJIN DIESEL YANG DIUJI DI LE MANS

Menjelang September nanti, Peugeot 308 rupa baharu akan mula berada di atas jalan raya United Kingdom. Model itu dilengkapi pelbagai teknologi canggih seperti enjin petrol dan diesel yang mematuhi piawaian Euro 6.

Bahagian depan dan belakang Peugeot 308 kini dikemaskan dengan bamper baharu yang tampak lebih ringkas. Ia sebenarnya dipengaruhi oleh Peugeot 3008 supaya senada dengan bahasa gayaan pengeluar dari Perancis itu.

Efek waktu malam pula lebih menarik apabila Peugeot memasang lampu belakang ‘Claw Effect’ yang kini standard untuk semua varian. Manakala varian Allure, GT line dan GT istimewa dengan bumbung kaca panoramik.

1.2 PureTech tiga silinder

Peugeot 308 rupa baharu dilengkapi enjin 1.2 PureTech tiga silinder yang telah dikemaskini. Ia dipadankan bersama transmisi baharu enam kelajuan manual. Enjin itu mempunyai kawalan emisi di ekzos dan ia direkabentuk bagi mengurangkan pencemaran.

1.5 BlueHDi 130 S&S diesel

Walaupun industri automotif Eropah dilanda skandal emisi namun ia tidak menghalang Peugeot memberi fokus kepada enjin diesel. Malah, Peugeot 308 adalah model paling awal dalam kumpulan PSA menggunakan enjin 1.5L BlueHDi 130 S&S diesel baharu.

Enjin tersebut bukan biasa-biasa kerana ia telah diuji di Perlumbaan 24 Jam Le Mans.

2.0 BlueHDi 180 Stop&Start 

Selain daripada seleksi enjin baharu, Peugeot 308 turut dibekalkan transmisi baharu lapan kelajuan automatik bersama enjin  2.0L BlueHDi 180 Stop&Start.

Sistem infotainmen

Papan pemuka diberikan skrin sentuh bersaiz 9.7 inci. Lebih canggih ia turut dilengkapi sistem navigasi 3D TomTom yang boleh dikemas kini secara langsung.

Sistem infotainmen itu turut mempunyai beberapa fungsi seperti Mirror Screen®, Mirrolink®, Apple CarPlay™ dan Android Auto yang boleh berhubung dengan telefon pintar.

Sistem bantuan pemanduan

SUV Peugeot 3008 serba baharu dilengkapi pelbagai teknologi bantuan pemanduan dan pengeluarnya turut menggunakan sistem yang sama pada 308 rupa baharu ini.

308 hatchback dan SW dibekalkan pelbagai teknologi canggih seperti Speed Limit Recognition, Adaptive Cruise Control, dengan fungsi henti dan Sistem Active Blind Spot Monitoring.

BACA: PEUGEOT 3008 DINOBAT SEBAGAI EUROPEAN CAR OF THE YEAR 2017

Sistem pengesanan had laju (Speed Limit Recognition) yang digunakan kini lebih pintar. Kamera yang dilekapkan pada cermin depan mengesan papan tanda had laju dan memaparkannya pada papan pemuka.

Kawalan Jelajah Bersesuaian (Adaptive Cruise Control) yang merupakan opsyen pembelian pula mengesan kelajuan kenderaan di hadapan dan melaras kelajuan 308 yang dipandu menggunakan brek untuk memastikan jarak yang selamat.

Sistem Pemerhatian Titik Buta Aktif (Active Blind Spot Monitoring System) pula memberi amaran kepada pemandu jika terdapat kenderaan dalam lingkungan yang tidak boleh dijangkau dengan mata kasar.

Manakala City Park pula dapat membantu pemandu memarkir kenderaan secara selamat.

Peugeot 308 GTi by Peugeot Sport

Model GTi ini adalah yang paling berkuasa. Varian berprestasi ini dilengkapi enjin THP Stop&Start berkuasa 270 PS dan mampu memecut dari sifar hingga 100 km/j dalam masa enam saat sahaja.

Keunikan 308 GTi ini terletak pada kombinasi warnanya yang unik. Pembeli boleh mendapat varian berprestasi ini dengan kemasan warna Coupe Franche dan Magnetic Blue serta Black Pearl Nera.

Sementara itu, buat mereka yang mahukan GTi versi kompak, model 208 GTi di bawah mungkin bersesuaian dan ia sudah dipasarkan di Malaysia – NASIM PERKENAL PEUGEOT 208 GTi BAHARU – RM143,888 OTR.

Google ads
Back to top button