,
Buletin

PEUGEOT EXPERT SPORT EDITION – NAMPAK JAHAT KAN?

Tawaran van komersial ringan atau LCV di Eropah sememangnya menarik. Usahawan atau syarikat perdagangan mempunyai banyak pilihan untuk dibeli. 

Satu perkara menarik tentang LCV di Eropah ialah perkongsian model di antara pengeluar. Sebagai contoh Citroën, Peugeot dan Toyota berkongsi model dengan masing-masing menawarkan Jumpy, Expert dan ProAce.

Van yang sama turut digunakan sebagai Vauxhall dan Opel Vivaro.

Selain meriah dengan pilihan, pengeluar turut menawarkan varian menarik contohnya Peugeot Expert Sport Edition. Jika difikirkan untuk apa sebuah van komersial ditawarkan dalam varian sport?

Itulah United Kingdom, kenderaan penghantaran barang tidak semestinya membosankan.

Peugeot menawarkan Sport Edition untuk van panel dan van kru. Edisi istimewa ini berada di atas varian Expert Asphalt dan mempunyai pelbagai kelengkapan standard.

Di antara kelengkapan istimewa Sport Edition ialah roda aloi Phoenix hitam 17 inci, grafik Sport pada sisi dan belakang van dan penyaman udara automatik dua zon.

Van panel Expert Sport Edition digerakkan oleh enjin BlueHDI 120 S&S enam kelajuan manual 1400. Van kru Expert Sport Edition pula digerakkan oleh enjin BlueHDi 150 S&S enam kelajuan manual 1400.

Dari segi kuasa, enjin van panel mempunyai output 120 hp pada 3,750 rpm dengan tork 340 Nm pada 2,000 rpm. Van kru pula mempunyai kuasa 148 hp pada 4,000 rpm dan tork 370 Nm pada 2,000 rpm.

Untuk membawa barangan, van panel mampu membawa bebanan 1,458 kg dengan ukuran muatan 5.3m³ dan boleh diluaskan kepada 5.8m³ apabila kerusi dilipat.

Van kru pula boleh membawa beban 1,308 kg dengan muatan 3.2m³

Berkenaan harga, Expert Panel Van Sport Edition BlueHDi 120 S&S dijual pada GBP£29,460 (RM159,829) manakala Expert Crew Van Sport Edition BlueHDi 150 S&S pada GBP£33,480 (RM181,638).

Tags
Google ads
Back to top button