Motosikal

MAHINDRA BELI PEUGEOT MOTORCYCLES. MAHU HASILKAN 7 MODEL BAHARU SEBELUM 2023

Ketika jualan motosikal di pasaran besar seperti Amerika Syarikat tidak banyak berubah, lain pula kisahnya di Eropah. Di sana, angka jualan motosikal baharu dilhat kian berkembang dengan kadar positif. 

Mungkin atas sebab itu, sebuah konglomerat dari India, Mahindra mengumumkan bahawa ia telah memiliki 100 peratus pegangan saham ke atas pembuat motosikal Peugeot Motorcycles.

Sebenarnya, Mahindra sudahpun membeli 51 peratus saham Peugeot Motorcycles pada Januari 2015. 

Peugeot Kisbee 50cc

Harus tahu Mahindra bukanlah syarikat pembuat kereta popular India itu, walaupun mempunyai nama yang sama.

Menurut Mahindra, langkah pembelian itu adalah untuk memacu pertumbuhan masa depan Peugeot Motorcycles terutama di pasaran Eropah. Selain mahu mengembangkan pasarannya termasuklah ke rantau Asia. 

Peugeot Kisbee 50 agak popular di Eropah. Manakala skuter tiga roda Peugeot Metropolis diterima baik di Eropah dan China. 

Motorcycle Data melaporkan Peugeot berada di tempat keempat di Perancis pada tahun 2018. Hasil kerjasama dengan Peugeot, Mahindra telah menghasilkan skuter elektrik Peugeot E-Ludix. 

Peugeot Metropolis

Di Perancis dan negara maju lain, minat terhadap motosikal elektrik semakin meningkat. Justeru, Mahindra merancang mahu menghasilkan tujuh model baharu sebelum tahun 2023 dan pastinya akan ada model elektrik. 

Walaupun Mahindra memiliki sepenunya  Peugeot Motorcycles, ibu pejabatnya kekal di Mandeure, Perancis. Buat masa sekarang, kakitangan dan kemudahan pengeluaran tidak mengalami sebarang perubahan. 

Google ads
Back to top button