,
Buletin

PETRON LANCAR RANGKAIAN MINYAK ENJIN HTP. BERMULA RM210 UNTUK PEK 4L

Petron Malaysia hari ini melancarkan rangkaian produk minyak enjin dan produk pelincir khusus, Petron High-Temperature Protection (HTP) secara rasmi ke pasaran tempatan.

Rangkaian produk Petron HTP termasuklah Blaze Racing HTP, Rev-X Turbo HTP, Gear Oil GHTP, Brake fluid HTP dan HTP Grease. Ia merangkumi minyak enjin, bendalir transmisi automotif, brek. minyak gear dan gris.

Produk ini hadir dengan pakej pembungkusan baharu yang lebih menarik dan selamat.

Harga rangkaian minyak HTP Petron adalah seperti berikut:  

  • Blaze Racing HTP 0W-40 (4L) –    RM265 (SM)             RM267 (EM)  
  • Rev-X Turbo HTP 5W-40 (4L) –    RM210 (SM)            RM212 (EM)
  • Petron ATF Premium HTP (1L) – RM37.60 (SM)          RM38.60 (EM)
  • Petron Brake Fluid HTP (0.25L) – RM10.90 (SM)          RM11.90 (EM)
  • Petron Grease HTP (0.5kg) –         RM23.70 (SM)          RM24.70 (EM)

*Semenjung Malaysia (SM), Sabah & Sarawak (EM)

Minyak enjin

Petron Blaze Racing HTP direka untuk enjin petrol, manakala Petron Rev-X Turbo HTP pula bagi enjin diesel. Dirumus khas dengan minyak asas berkualiti tinggi, Petron Blaze Racing HTP sinletik sepenuhnya menggunakan polyalphaolefin (PAO) sebagai minyak asas.

Ia mampu menawarkan pengoksidaan yang lebih baik dan kestabilan haba berbanding minyak asas konvensional. Minyak itu juga dilengkapi sistem aditif yang tinggi untuk memenuhi kriteria yang ketat bagi enjin petrol berprestasi tinggi.

Produk ini direka khas untuk melindungi enjin daripada kehausan dan hakisan demi memanjangkan hayat enjin. Spesifikasinya diperakui dan memenuhi API SN, Kelulusan MB 229.5, Kelulusan MB 229.3 dan Porsche A40.

Petron Rev-X Turbo HTP sintetik sepenuhnya disyorkan untuk enjin diesel turbocharged atau supercharged berkuasa tinggi. Dirumus dengan PAO, minyak enjin diesel itu memberikan perlindungan enjin yang berpanjangan daripada masalah pengoksidaan dan suhu melampau.

Minyak itu juga menghalang masalah ‘soot’ dan deposit ‘piston’ selinder untuk enjin yang lebih bersih dan cekap. Spesifikasi Petron Rev~X Turbo HTP diperakui dan memenuhi piawaian APl CJ-4 I SN, MAN 3575, Cummins CES 20081, MB 228.31, Volvo VDS-4 dan Mack EO-O Premium Plus.

“Produk ini membuktikan hasrat kami untuk menyediakan penyelesaian kepada minyak pelincir yang terbaik kepada pelanggan.

“Kami juga memberi tumpuan untuk perlindungan terbaik kepada komponen kenderaan lain dengan pelancaran serentak minyak gear, cecair brek dan gris,” kata Ketua Dagangan Runcit dan Pemiagaan Komersial Petron, Choong Kum Choy.

Rangkaian produk Petron HTP yang lengkap boleh didapati di stesen minyak Petron terpilih di seluruh negara, kedai dalam talian Shopee, pengedar sah Petron dan bengkel.

Tags
Google ads
Back to top button