HYUNDAI IONIQ 5 N GIAT DIUJI, LENGKAP DENGAN SISTEM PENUKAR GEAR DAN BUNYI PALSU
Biarpun tahun 2022 akan berakhir dalam masa beberapa hari lagi, ia tidak menghalang Hyundai meneruskan usaha mereka menjadikan Ioniq 5 sebagai sebuah kereta sport prestasi tinggi dengan penawaran varian N Sport. Kereta elektrik ini akan ditawarkan dalam varian sport berkuasa tinggi pada tahun 2023 nanti
Disebabkan kekangan dan komitmen Hyundai dalam membangunkan kereta elektrik bebas karbon dan permintaan dari peminat permotoran yang mahukan sebuah kereta sport, Hyundai juga akan memasukkan bunyi artificial dalam Ioniq 5 nanti dimana bunyi ini mirip sebuah kereta dengan enjin petrol turbo.
Dalam satu wawancara dengan CarExpert, Penasihat Eksekutif Teknikal Hyundai iaitu Albert Biermann berkata idea di sebalik projek Ioniq 5 N ini ialah untuk menghasilkan sebuah kereta sport yang memberikan sensasi sama seperti anda memandu sebuah kereta petrol sport dari varian N Hyundai. Biermann juga mendedahkan Ioniq 5 akan memberikan rasa yang sama seperti memandu i30N hatchback
Malah Ioniq 5 N juga akan dipasang dengan Virtual Grin Shift yang boleh diaktifkan dengan menekan satu butang di roda stering diikuti dengan menarik pedal gear di belakang stering bagi mengaktifkan sistem gear artificial. Sistem ini akan meniru penukaran gear lengkap dengan bunyi mekanikal sama seperti memandu kereta petrol
Buat masa ini Hyundai sedang memberikan penilitian terakhir pada bunyi artificial yang akan dijasilkan nanti termasuklah bunyi apabila RPM mencapai takat yang paling tinggi sebelum gear ditukar. Bagi menambahkan lagi sensasi pemanduan, Ioniq 5 N juga akan dipasang dengan butang drift mode automatik selain brek regeneratif yang lebih agresif akan digunakan.
Untuk maklumat teknikal, kita boleh menjangkakan Ioniq 5 N akan menghasilkan sekitar 600 kuasa kuda dari 2 unit motor elektrik berdasarkan apa yang biasa dibuat oleh Albert Biermann. Sebagai perbandingan Kia EV6 GT menjana sekitar 740Nm tork dari sistem 2 motor elektrik yang digunakan dan mampu memvuat pecutan 0-100 dalam masa 3.5 saat