Artikel Pilihan

PINK PANTHER ADALAH IDAMAN PENGUMPUL LAND ROVER DI SELURUH DUNIA

Dalam dunia pacuan empat roda ataupun 4×4, kami memang tabik spring dengan pemilik-pemilik Land Rover khususnya model paling otai, Land Rover Defender. Berbeza dengan pemilik-pemilik Range Rover moden yang memang tak pernah cecah kaki dalam lumpur dan memakai jam-jam berjenama sebesar mangkuk sup, otai-otai Land Rover lama ini lebih santai dan mudah didekati. Aa, lagi satu jangan ingat otai-otai Land Rover klasik ni orang tak berduit, mereka cuma tak minat nak bergaya lebih-lebih je.

Tapi itu cerita pemilik Land Rover, kali ini kita nak cerita pasal sebuah Land Rover klasik yang paling rare di atas muka bumi ni. Sangat rare sehinggakan kat Malaysia ni pun tak pernah nampak dan ia diberi nama gelaran Pink Panther. Betul, Pink Panther macam watak kartun tu. Bayangkan sebuah Land Rover berwarna merah jambu dari atas sampai ke bawah. Tayarnya pun katanya dicat dengan warna pink. Auw.

Kenapa ada Land Rover macam tu bang? Pemiliknya dah gila ke? Tak, Land Rover Series 2A 109 berwarna merah jambu ini sebenarnya milik pasukan komando elit British, SAS. Ambik kau, kenderaan komando rupanya. Habis tu apa pasal warna pink?

Ia sebenarnya dihasilkan untuk misi khusus di padang pasir. Rupa-rupanya, merah jambu merupakan warna yang paling sesuai untuk penyamaran kenderaan di padang pasir. Ia akan melindungi kenderaan tentera khususnya pada waktu senja dan awal pagi.

Pada asalnya dikatakan pihak tentera mewarnakan pesawat mereka dengan warna merah jambu. Ia kemudian terhempas dan gagal ditemui di padang pasir. Penemuannya pun berlaku secara tidak sengaja, itu pun dalam masa yang agak lama.

SAS pada peringkat awal menggunakan Jeep buatan AS dalam Perang Dunia Kedua. Ia digunakan untuk misi sabotaj dan pemusnahan didapati berfungsi dengan cukuo cemerlang di medan perang.

Pada tahun 1968, Kementerian Pertahanan Britain telah membeli 72 buah Land Rover Series 2A long wheelbase (109). Kesemuanya dihantar ke Marshalls of Cambridge untuk proses ubahsuai mengikut spesifikasi SAS.

Asas modifikasi padang pasir termasuklah, empat tangki minyak dengan gabungan isipadu 100 gelen, casis dan sistem suspensi heavy tugas berat, tayar padang pasir, pelindung differential depan belakang dan tayar gantian di bahagian depan.

Pintu, cermin hadapan dan bumbung dibuang. Kotak raifal ditambah selain penyodok dan tong jerry. Ia turut dilengkapi dengan tapak untuk mesingan GPMG, senjata anti-kereta kebal, raifal, bom tangan, pelancar bom asap, alat navigasi dan spotlight depan dan belakang.

Ia kemudian dicat dengan warna merah muda untuk tujuan peperangan padang pasir. Bayangkan macam mana perasaan musuh bila pasukan komando terkenal ini menyerbu dengan kenderaan perang mereka yang berwarna merah jambu!

Kebanyakan Pink Panther ini sudah musnah kecuali sekitar 20 unit yang tinggal. Nampak tak kenapa ia menjadi kegilaan peminat Land Rover di seluruh dunia. 20 biji je bai tinggal.

Memang ada unit replika dihasilkan tetapi bila unit original muncul untuk dijual, berebut semua nak beli. Bukan hanya dari peminat Land Rover tetapi juga dari kalangan peminat kereta klasik.

Kredit Silodrome.com

Google ads
Back to top button