BuletinMotosikal

PIRELLI DIABLO ROSSO CORSA II UNTUK KAPCAI DILANCARKAN – SAIZ 90/80-17

Berita baik buat pemilik kapcai yang kritis tentang tayar, Pirelli telah melancarkan tayar flagship khusus untuk motosikal underbone bagi siri Corsa iaiatu Pirelli Diablo Rosso Corsa II.

Seperti yang kami dedahkan sebelum ini, Pirelli dijangka akan perkenalkan varian ini pada Januari 2018. Pirelli juga memilik Indonesia sebagai debut pelancarannya memandangkan pasaran di sana yang sangat besar dan fasiliti pengeluarannya yang telah bersedia dengan produksi tersebut.

PT Astra Autopart, selaku pengedar Pirelli Indonesia dalam satu acara kelmarin cukup yakin mereka mampu memenuhi keperluan pengguna motosikal undebone yang mementingkan prestasi di jalanan.

Menurut Otospirit.com, tayar ini dibuat di kilang PT Evoluzione Tyres yang dibina oleh Pirelli dan PT Astra Autopart dan telah beroperasi sejak 2012 di Indonesia.

Pirelli Diablo Rosso Corsa II merupakan siri kedua Diablo Rosso Corsa yang dilancarkan tujuh tahun lalu untuk memenuhi keperluan pengguna sportbike dengan kompaun pelbagai.

Kini ia hadir dengan saiz lebih kecil, namun kompaun yang sama dikekalkan untuk memastikan kualiti yang sama diterap bagi kedua-dua segmen sportbike dan juga underbone.

Ia menggabungkan DUA kompaun pada TIGA zon di bahagian tayar hadapan.

Untuk tayar belakang, TIGA kompaun berbeza di bina pada LIMA zon untuk menghasilkan kombinasi ideal bagi motosikal underbone.

Buat masa ini, Pirelli Diablo Rosso Corsa II hanya dihasilkan dalam satu saiz iaitu 90/80-17 namun menurut Andreas Somawidjaja, Pengurus Pemasaran Pirelli PT Astra Otoparts, saiz lain akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Harga bagi satu set tayar hadapan dan belakang dijual pada Rp 1.2 juta hingga Rp 1.5 juta (RM350 – RM440).

Tayar ini dijangka akan masuk ke pasaran Malaysia dalam masa beberapa bulan lagi.

Jika dibandingkan harga jualan, ternyata ia cukup kompetitif untuk pasaran ini. Sebagai perbandingan, Dunlop KR410 untuk hadapan dan belakang berharga sekitar RM600-RM700 di pasaran (bagi saiz 90 hadapn dan100 belakang)

Kecuali kalau dibandingkan tayar yang dikeluarkan oleh FDR dan IRC, Pirelli sudah mula melihat pasaran motosikal kecil ini mempunyai permintaan yang tinggi.

 

 

Google ads
Back to top button