SHAWN LEE TERUS KUASAI LITAR MEDINI CITY, GERALDINE BUAT KEJUTAN BERADA DI TEMPAT KEEMPAT
Hari pembukaan acara Toyota GAZOO Racing (TGR) Racing Festival yang berlangsung di Medini City, Johor Bahru semalam berlangsung dengan cukup meriah.
Walaupun hujan turun lebat pada sebelah petangnya, semua pelumba dalam tiga kelas perlumbaan Vios Challenge mempamerkan aksi-aksi menarik.
Berbanding litar-litar sebelum ini, litar di Medini City sebenarnya lebih lebar dan pantas. Ini membolehkan pemandu untuk menguji kuasa dan keupayaan jentera masing-masing.
Sebagi contoh, pusingan ke-7 dalam laluan litar sepanjang 1.9 yang melawan arah jam itu mempunyai keluasan tiga lorong.
Dalam kelas Promotional yang sentiasa menjadi tumpuan ramai, perlumbaan dimulakan dengan Shawn Lee, Shukri Yahaya dan Danny Koo berada di tiga tempat teratas. Berlumba dengan sengit sejak awal perlumbaan, keputusan akhir bagaimanapun agak mengejutkan.
Ketika Shawn Lee dan Shukri Yahya bersaing sengit untuk mengekalkan kedudukan tempat pertama dan kedua, nasib Danny Khoo tidak sebaik perlumbaan terdahulu.
Danny Khoo yang sebelum ini berada di tempat ketiga dikenakan penalti kerana melanggar Diana Danielle. Akibat pelanggaran tersebut, Diana yang bermula dengan baik dan berjaya memintas Danny sebelum itu terpaksa menarik diri dari perlumbaan.
Situasi dramatiik itu nyata memberi ruang untuk pelumba lain memperbaiki kedudukan masing-masing. Paling menyerlah pastinya Janna Nick yang berjaya memintas Fattah Amin pada peringkat awal untuk berada di tempat ketiga.
Hujan yang semakin lebat menyebabkan Janna membuat kesilapan di dua selekoh terakhir. Akhirnya, Fattah berjaya merampas kembali kedudukan podium bersama-sama Shawn dan Shukri. Manakala tempat keempat dihuni oleh Geraldine Gan.
Keputusan akhir adalah seperti berikut:
Bagi anda yang berada di Johor Bahru dan kawasan berhampiran, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi-aksi mendebarkan dalam perlumbaan Vios Challenge pada hari ini.
Jumpa anda di sana!
GALERI