Buletin

PKP DILANJUTKAN 2 MINGGU LAGI, SEHINGGA 12 MEI 2020

Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan selama dua minggu lagi sehingga 22 Mei 2020

Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas di Putrajaya sebentar tadi. 

Dalam tempoh ini kerajaan akan menilai data-data terkini yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Ini bagi menentukan langkh-langkah seterusnya.

“Saya tidak juga tidak menolak kemungkinan bahawa PKP akan dilanjutkan lagi selepas tempoh ini. Ini bermakna saudara-saudari mungkin tidak boleh menyambut Hari Raya di kampung seperti biasa.

“Tetapi jika kes menunjukkan penurunan yang ketara kerajan akan melonggarkan kawalan pergerakan secara bertahap dalam beberapa sektor seperti sektor sosial. Ini bagi membolehkan rakyat menjalani kehidupan dengan lebih selesa,” jelas Muhyiddin.

PKP dilihat perlu terus dilaksakan dalam memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Sehingga hari ini, Malaysia sudah mencatatkan jumlah jangkitan sebanyak 5,603 kes dengan kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,966 kes. 

Hari ini juga mencatatkan 71 kes jangkitan baharu dengan dua kematian dan 90 kes pulih. 

Google ads
Back to top button