Buletin

POCONG TEMAN ABANG LORI DI LEBUH RAYA DEKAT TAIPING 

Sejak semalam, tular satu klip video yang menunjukkan seorang pemandu lori mendakwa mengalami pengalaman menyeramkan semasa memandu seorang diri di sebuah lebuh raya.

Lokasi sebenar dan bila rakaman video itu berlaku bagaimanapun tidak disebut melainkan diberitahu dekat Changkat Jering, Taiping.

Video berdurasi 27 saat itu memaparkan pemandu lori yang bercakap dalam loghat utara itu memberitahu dia ditemani penumpang yang tidak diundang. Dia yang kelihatan bersahaja sempat memalingkan kamera telefon bimbit pada penumpang tersebut yang berpakaian serba putih seperti pocong.

“Assalamualaikum, pada sapa sapa yang tertinggal sahabat atas highway dekat Changkat Jering, nak halau macam mana.

“Ini dok ada dengan kita ni sahabat depa. Adoi, dah baca macam-macam doa dah baca tapi tak jalan juga.

“Nak sampai Alor Pongsu ni kot dia mau turun, adoi, dok lain kali jangan tinggal merata,” keluh pemandu lori tersebut.

Difahamkan, video berkenaan tular dalam kalangan kumpulan pemandu lori sebelum dikongsi pembaca kepada Kosmo! – KOSMO! ONLINE

Google ads
Back to top button