BuletinMotosikal

POLIS SAHKAH TELEFON BIMBIT YG TERCICIR MILIK PENYAMUN MOTOSIKAL GRABFOOD

Semalam tular kejadian yang dirakam kamera, seorang operator Grabfood yang menunggang Motosikal cuba disamun oleh dua lelaki. Kejadian dipercayai berlaku di Phileo Damansara, Petaling Jaya.

Sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki menghampiri penunggang Grab Food yang memarkir motosikalnya.

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/364962090850801/

Secara tiba-tiba, salah seorang daripada mereka turun dan membelakangi mangsa sebelum memukul bahagian belakang kepala menggunakan kunci fork.

Suspek mendakwa motosikal itu ialah motosikal curi dan mahu mengambilnya semula. Mangsa, Muhammad Amirul Adli Mohd Saharudiin, 22, menunggang Yamaha Y15ZR sebenarnya sedang bekerja menghantar makanan dan dalam perjalanan dari One Utama.

Memetik laporan Astro Awani, kedua-dua orang suspek menaiki sebuah Yamaha 125Z.

Salah seorang daripada suspek kemudian cuba untuk melarikan motosikal tersebut. Namun, Amirul enggan mengalah dan berlari sebelum menendang suspek, seterusnya  menyebabkan suspek terjatuh.

Dia kemudian bergelut dengan kedua-dua suspek sebelum mereka melarikan diri.

Dalam kekalutan sewaktu bergelut, salah seorang suspek telah keciciran telefon bimbitnya.

Kejadian tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din.

“Suspek menyuruh mangsa turun dalam masa sama seorang rakannya memukul kepalanya dengan pengunci motosikal.

BACA: YSUKU GRABFOOD NYARIS DISAMUN

“Mangsa bergelut untuk menyelamatkan diri dan sempat menendang motosikalnya yang cuba dilarikan suspek hingga jatuh,” katanya.

Mohd Zani berkata, ketika bergelut telefon bimbit milik suspek terjatuh di lokasi kejadian namun ia tidak diambil kembali sebelum kedua-dua penjenayah terbabit melarikan diri.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian telinga, kepala, badan belakang dan mulut namun tidak alami kerugian kerana motosikalnya gagal dilarikan. Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

KREDIT: SINAR HARIAN

Tags
Google ads
Back to top button