Buletin

LAMBORGHINI URUS PERFORMANTE KINI DI MALAYSIA. 666HP, 47KG LEBIH RINGAN, KELAJUAN TERTINGGI 360KM/J

Lamborghini Urus Performante kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia, menandakan kemasukan pertamanya ke rantau ASEAN.

Lamborghini Urus Performante kini hadir dengan bonet hadapan, corong kemasukan udara, bampar depan dan pembahagi, gerbang roda, bampar belakang dan diffuser yang diperbuat daripada gentian karbon.

Terdapat juga pilihan untuk bumbung karbon selain spoiler belakang dengan sirip gentian karbon. Diinspirasikan dari Aventador SVJ, komponen tersebut meningkatkan kuasa downforce bahagian belakang sebanyak 38 peratus. Secara keseluruhannya, downforce pada Lamborghini Urus Performante telah meningkat sebanyak 8 peratus.

Urus Performante mendapat rim ringan bersaiz 22 inci dengan bolt titanium yang dibalut oleh tayar Pirelli P Zero yang dibangunkan khusus (285/40 R22 di hadapan dan 325/35 R22 di belakang). Selain itu, ia didatang dengan pilihan roda 23 inci.

Performante 20mm lebih rendah dengan spring keluli baharu bersama talaan peredam yang spesifik. Manakala jarak roda telah dilebarkan sebanyak 16 mm.

Lamborghini Urus Performante mendapat ruang kabin yang diperbaharui dengan panel pintu, bumbung, tempat duduk dan banyak lagi disesuaikan bersama kemasan Performante marque menerusi upholsteri mikrofibre.

Pelanggan juga boleh memilih kemasan kulit atau pelbagai bahan lain melalui perkhidmatan personalisasai Lamborghini’s Ad Personam. Kebanyakan trim aluminium di bahagian dalam digantikan dengan kemasan black anodised dan pelanggan boleh memilih ‘Dark Package’.

Sebagai penanda aras untuk prestasi Super SUV yang seronok dipandu, tarikan utama Urus Performante ialah enjin 4.0 liter pengecas turbo berkembar V8 berkuasa 666hp dan 850Nm. Kuasa digerakkan ke keempat-empat roda melalui kotak gear automatik lapan kelajuan.

Lamborghini Urus Performante mampu memecut dari 0-100km/j hanya dalam 3.3 saat atau 0.3 saat lebih pantas daripada sebelumnya. Untuk kelajuan 0-200km/j, ia dicapai dalam 11.5 saat dengan pecutan maksimum 306km/j.

Tetapi kuasa sahaja tidak mencukupi untuk membantu Lamborghini Urus Performante memecahkan rekod SUV hill climb. Jadi, jentera itu kini 47kg lebih ringan.

Setakat ini, tiada maklumat harga telah diumumkan, tetapi berdasarkan harga antarabangsa, ia dijangka ditawarkan pada harga sekitar RM900,000.

Google ads
Back to top button