Artikel Pilihan

POLIS UK RAMPAS DUA LAMBORGHINI KERANA DIPANDU SECARA MELULU – LUPA BAWA OTAK KE MACAM MANA NI?

Polis Greater Manchester memang dah lama berbulu dengan segelintir pemandu Lamborghini yang berlagak dan selalu menggangu ketenteraman awam. Dalam satu ciapan awal minggu ini pihak polis mengatakan yang mereka menerima banyak laporan tentang beberapa Lamborghini yang dipandu secara melulu di Bolton.

Kesemua kereta tersebut telah dikenalpasti dan seorang pemandu mungkin merasakan ia satu idea yang baik untuk membunyikan ekzos dengan kuat pada jam 4 pagi. Cari nahas betul budak ni.

Pemandu-pemandu tersebut diberikan amaran “S59” iaitu amaran untuk kereta-kereta yang dipandu sehingga menyusahkan orang lain, menimbulkan ketegangan dan menyakitkan hati. Bijak kan butir-butir amaran tu? Mereka juga dikenakan saman kerana memandu dengan melulu.

Ingat dah setel tapi 12 selepas itu polis mengeluarkan satu lagi ciapan yang berbunyi “Hari yang baik…untuk merampas dua buah lagi Lamborghini.” Tambah polis lagi, rupanya pemandu-pemandu ini masih tidak serik dengan amaran dan saman yang dikenakan.

Kali ini mereka dikenakan tindakan di bawah Police Reform Act untuk memandu secara anti-sosial. Kereta mereka dirampas dan diangkut menggunakan trak flatbed.

Memang anti-sosial la kalau dah pandu kereta dengan tidak mempedulikan ketenteraman orang lain. Memang la semua orang minat dengan Lamborghini tapi kalau korang asyik dok rem enjin pukul 3, 4 pagi siapa boleh tahan bang.

Google ads
Back to top button