Buletin

LOTUS KEMBALI BEROPERASI DI KOREA SELATAN DALAM USAHA MENAWAN PASARAN ASIA – PASIFIK


Pengeluar kereta sport British, Lotus kembali melancarkan jenamanya di Korea Selatan dan telah menandatangani kerjasama yang baharu yang menarik dengan Kolon Mobility Group (KMG)., pengedar kereta mewah dan premium yang sangat dihormati di sana.

Setelah selesai upacara rasmi di Seoul yang dihadiri oleh kedua pengurusan tertinggi untuk Lotus dan juga KMG, maka secara rasmi, KMG telah menjadi pengimport rasmi dan pengedar tunggal bagi jenama Lotus di Korea Selatan.

Hasil daripada kerjasama pertama ini adalah Pusat Jualan Lotus yang baharu, terletak di Seoul. Dengan kerja pembinaan yang akan bermula tidak lama lagi, ia akan dibuka pada suku keempat tahun 2023 di daerah Gangnam, sebuah kawasan elit yang terkenal di seluruh dunia dengan terdapatnya deretan kedai mewah dan hotel butik terkemuka. Bangunan setinggi tiga tingkat yang menakjubkan ini bakal mempamerkan rangkaian kereta prestasi Lotus yang berkembang dalam suasana premium dan moden.

Untuk itu, KMG telah memulakan perniagaannya dengan dua model Lotus yang cukup menarik – Emira dan Eletre. Emira adalah kereta sport mainstream terkini dari Lotus dan merupakan yang terbaik dalam kelasnya.

Ia mencabar kehandalan kereta prestasi konvensional sedia ada dengan menggabungkan reka bentuk supercar eksotik, kegunaan seharian, keselesaan yang diperbaiki, serta prestasi dan dinamik pemanduan terkemuka dari Lotus. Lotus sebelum ini sudah ada di pasaran dengan rakan kongsi yang berbeza. Rakan kongsi baru, KMG, terkenal sebagai pengedar rasmi bagi jenama automotif mewah dan premium.

Lotus Eletre yang baharu pula merupakan EV sepenuhnya, sebuah hyper-SUV yang progresif dan menarik. Ia mengambil prinsip-prinsip asas rekabentuk dan kejuruteraan kereta sport dari Lotus selama 75 tahun, dan memperkembangkannya menjadi kereta gaya hidup yang diingini oleh generasi seterusnya bagi peminat Lotus.

Pusat Jualan di Seoul juga akan dilengkapi dengan Pusat Servis Lotus rasmi yang menyediakan perkhidmatan menyeluruh kepada pelanggan. Ia dijangka akan dibuka kepada pelanggan pada suku keempat tahun 2023.

Hadir di Korea Selatan adalah Mike Johnstone, Naib Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Komersial, Lotus, bagi tujuan tersebut. Beliau berkata: “Kami gembira dapat melancarkan semula jenama Lotus di Korea Selatan, dan berbuat demikian dengan rakan kongsi yang terkenal dan dihormati seperti Kolon Mobility Group. Dengan kereta prestasi Lotus yang mewah seperti Eletre, Emira, dan lain-lain yang akan datang, kami menantikan untuk berhubung semula dengan pelanggan baharu di Korea Selatan.”

Beliau menambah, “Sejak pelancaran Eletre, kami telah menerima minat yang tinggi dari semua pasaran di rantau ini, dan kami sudah bekerjasama dengan rakan kongsi tempatan untuk menyiapkan rancangan pelancaran bagi mereka. Kami akan mengesahkan rancangan tersebut pada masanya.”

CEO KMG pula berkata mereka sangat gembira dengan kehadiran Lotus yang cukup terkenal sebagai jenama yang ikonik. Dan dengan kerjasama ini, Lotus mengharapkan agar jenama ini dapat menembusi pasaran Asia Pasifik kelak.

BACA : GENTARI GREEN MOBILITY JALIN KERJASAMA DENGAN LOTUS CARS MALAYSIA, TEROKA INFRASTRUKTUR MOBILITI HIJAU

BACA : LOTUS EMIRA FIRST EDITION DENGAN ENJIN 4 SILINDER AMG, 360 HP

Google ads

B K

Back to top button