Buletin

POLO GTI R5 BAHARU – SEDIA UNTUK PENGHANTARAN PERTAMA

Berita tentang kelahiran Polo GTi R5 ini sememangnya menjadi perbualan dikalangan peminat dunia rali semenjak tahun 2017 lagi. Dan kini, jentera rali yang amat dinantikan kemunculannya bakal diserahkan kepada 15 pelanggan pertamanya.

BACA :APA? PROTON IRIZ R5? PERODUA NAK BERLUMBA? INI PULA VW POLO GTI R5

BACA : CITROËN C3 R5 SEDIA BERAKSI DI RALLYE DU VAR

Jentera rali yang dibina berdasarkan generasi keenam model Volkswagen Polo ini telah dipasang dengan menggunakan tangan di kilang yang terletak di  Hanover. Ternyata, sentuhan daripada Volkswagen Motorsport yang sebelum ini pernah menggegarkan dunia dengan jentera Polo R WRC mereka amat dirindui oleh penggemar debu serata dunia.

Dan kelahiran jentera versi R5 ini sememangnya mendapat sambutan hangat. Menurut Pengarah Volkswagen Motorsport, “Kami menerima sambutan yang cukup yang baik melalui maklumbalas yang positif mengenaai Polo GTI R5. Permintaan pelanggan juga amat baik. Sesungguhnya kami cukup gembira mengenainya dan ini memberikan motivasi tambahan pasukan dengan jentera rali yang terbaik”.

15 unit jentera dengan kelajuan angin ini dijangka diserahkan kepada pelanggan pertamanya dari benua Eropah membawa sehingga ke Amerika Selatan. Boleh tahan juga lakunya.

Tiga daripadanya akan diserahkan kepada pasukan Baumschlager Rallye & Racing yang berpangkalan di Austria, yang mana pasukan ini diketuai oleh  Raimund Baumschlager. Menariknya, beliau adalah juara  Austrian Rally Championship 2017 dengan memandu jentera Polo R WRC.

Manakala tiga lagi jentera telah dibeli oleh pasukan yang berpangkalan di Belgium, dua kepada pasukan BMA dan sebuah lagi jentera kepada THX Racing.

Dua buah jentera R5 ini bakal turut berada dibumi yang terkenal dengan rali, Finland dimana pasukan Printsport Oy berpangkalan. Pasukan ini sememangnya terkenal dengan pemandu muda berpotensi seperti  Esapekka Lappi, Ole Christian Veiby and Jari Huttunen pernah bersama pasukan ini.

Di Itali pula, akan kelihatan kelibat dua buah jentera yang bakal menjadi milik pasuka HK Racing. Di Portugal juga bakal beraksi sebuah Polo R5 ini disamping sebuah lagi bakal menjadi milik pasukan  Kristoffersson Motorsport dari Sweden.

Dan baki tiga lagi jentera bakal menempuhi perjalanan sejauh 11,000 km dengan menaiki kapal ke Paraguay apabila ianya bakal menjadi milik pengimport Volkswagen, Miguel Carrizosa/DIESA S.A. Mereka bakal menguruskan tiga buah jentera ini bagi kegunaan perlumbaan di peringkat kebangsaan Paraguay. Bijak juga, menggunakan perlumbaan sebagai medium pemasaran.

Kalau ikut rekod, rasanya memang banyak lagi tempahan yang bakal diterima. Kereta bajet tapi cukup laju. Walaupun hanya bersesaran 1.6 liter, tapi senang-senang aja nak capai 100km/j. Tak sampai 5 saat pun. DNA laju memang dah sedia wujud dalam setiap wayar-wayar yang mengalir. Eceh!

 

Google ads

B K

Back to top button